Santau juga dikenali sebagai ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh dan mereka yang mempunyai sifat dengki terhadap orang lain. Santau sukar dikesan kerana si pelaku melakukannya secara berhadapan tetapi secara bersembunyi.
Semalam tular di halaman TikTok, ahli keluarga terselamat dari terkena santau maut melalui makanan diterima orang terdekat.
Video ini telah dimuatnaik oleh akaun peribadi milik @nardtasya.
Kini, video ini telah mencapai sehingga 161.5 ribu tontonan, 6 ribu tanda suka dan 800 komen.
Adik Ipar Makan, Tergigit Paku
Menurut individu yang lebih mesra dipanggil Sya ini, si penghantar santau ingin menghantar ilmu hitam tersebut kepada keluarganya namun adik iparnya menyelamatkan keadaan.
Kejadian ini berlaku pada waktu lepas asar, adiknya makan seperti biasa namun dia tergigit benda keras. Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat adik iparnya tergigit tiga biji paku dari lauk tersebut. Kemudian, mereka terus menapis lauk ikan masak kicap tersebut.
“Bayangkan kalau abah yang makan, dah lah abah warga emas, mata pun tak setajam mata anak wujur, ” ujar Sya.
Dia juga memberitahu sekiranya makanan ini masuk dalam badan ahli keluarganya memang mereka tidak akan merasa apa-apa. Namun begitu, rasa sakit itu akan datang secara perlahan-lahan sehingga mampu membuatkan seseorang meninggal dalam masa terdekat.
“Bila dikira-kira jumlah paku tu ada dalam 8 paku dan 9 jarum peniti,” ujar Sya lagi.
Sya juga bersyukur kerana keluarganya terselamat dari santau. Dia juga menasihati netizen supaya berhati-hati ketika menerima makanan dari sesiapa pun termasuk keluarga terdekat.
Rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap peristiwa ini. Sesetengah netizen berkongsi cara terlindung dari terkena ilmu hitam ini dan ada juga yang berkongsi pengalaman mengalami kejadian sihir buatan orang.
“Sis amalkan tiap2 lps solat subuh n maghrib baca 5 ayat awal surah AlBaqarah, ayat Qursi & ayat 3 terakhir surah Al Baqarah dlm satu bismillah,” komen seorang netizen.
“Bila saya lihat seperti tidak percaya kerana dunia dah modern masih ada manusia yg dengki gunakan sihir, ” ujar netizen lain.
Berikut antara komen dari netizen: