Baru-baru ini, tular video rakaman Sajat memberitahu apabila ditanya netizen memintanya pulang ke Malaysia.
Katanya, dia hanya akan pulang sekiranya ada yang memberinya sebanyak RM2 juta.
Menurut Sajat, kenapa dia mahu pulang ke tanah air sedangkan kehidupannya di Malaysia sudah hancur dan bertanya kembali kepada netizen kenapa dia perlu kembali.
“I balik Malaysia apa I dapat? Cuba cakap dengan I. Kalau RM2 juta you bagi I baliklah. I dah hancur segala-galanya dekat Malaysia tu. RM2 juta bawak mai baru I balik,” jelasnya.
Meneruskan perkongsian portal hiburan Roti Kaya itu lagi, jika di Malaysia dia tidak boleh memakai pakaian yang diingininya kerana jika berlaku bencana alam pasti ramai yang akan meletakkan kesalahan kepadanya.
“Dekat sini I macam-macam dapat. Kalau I balik Malaysia, I tak boleh pakai baju macam ni yang terbelah-belah longkang bawah longkang atas sebab kalau I pakai nanti segala bencana alam dekat Malaysia semuanya daripada I.
“Baiklah PU, ustaz, ustazah, menteri agama semualah, bila Sajat pakai macam ni kita ni dah bersubahat dengan orang berdosa, tengok sekarang Tuhan marah,” katanya.
Sementara itu, Sajat berkata, dia tidak mahu dipersalahkan atas musibah atau malapetaka yang melanda Malaysia.
Katanya lagi, walaupun dia tiada, musibah banjir ia tetap berlaku.