Adakah anda masih ingat kejadian keracunan karbon monoksida yang berlaku kepada 4 orang gadis semasa mereka dalam perjalanan pulang dari bercuti 2 tahun lalu?
Nor Aqilah Mohd Safwan bukan sahaja kehilangan adik kembarnya dalam sekelip mata, malah 2 lagi kawan baiknya.
Baru-baru ini, gadis berusia 23 tahun itu memuat naik video kenangan di TikTok sebagai tanda merindui tiga insan penting dalam hidupnya.
@qillmyname Just to remember ‘)
♬ best buddies x traitor – ejaeja
“Kami stop kejap sebab nak beli makanan je…takda pun cakap letih nak tidur”
Mengimbau detik kejadian, sebaik tiba di stesen minyak, si kembar Nor Adilah (pemandu) dan Sharifah Fariesha (penumpang hadapan) keluar membeli makanan dan minuman.
Sementara itu, Aqilah dan Ayuni Shazwanie turut berehat di tempat duduk belakang.
Selepas berkumpul semula di dalam kenderaan, mereka pun berbual-bual dan ketika itu tiada sesiapa yang tidur, seperti didakwa sesetengah laporan kerana niat asalnya mahu berhenti makan sahaja.
“Lepas tu terus saya tak sedar, mereka tengah bersembang lagi…bangun je ada di pusat perubatan”
Bagaimanapun, Nor Aqilah mengakui tiba-tiba pengsan, sebaliknya tersedar semula selepas 10 hari menerima rawatan di pusat perubatan berkenaan.
Pada malam itu, dia mengakui enjin dan aircond masih hidup apabila pintu dan tingkap kereta ditutup rapat.
Ketika ditemui media selepas 100 hari kejadian, gadis itu sedih kerana mereka berempat tidak dapat menghadiri majlis konvokesyen diploma bersama.
“Hikmah dipanjangkan usia, boleh ceritakan kejadian sebenar… sebab nilah selalu berwaspada bila kereta berhenti lama”
Berkat sokongan keluarga dan masyarakat, Nor Aqilah telah pulih sepenuhnya walaupun sudah bergelar isteri orang sekitar penghujung tahun 2021.
Mengulas di ruangan komen, rata-rata netizen turut mengakui semakin berwaspada setiap kali menaiki kereta berikutan insiden menyayat hati yang menimpa 4 rakan ini.