Aplikasi bual, WhatsApp adalah telah menjadi pilihan ketika ini. Pada tahun 2017, WhatsApp memperkenalkan ciri ‘status’ yang membolehkan pengguna memuatkan imej, video dan nota yang akan berlangsung dalam tempoh 24 jam. Ia berfungsi sama seperti Story Facebook dan Insta Stories.
Memetik laporan The Verge lagi, WhatsApp kini membolehkan pengguna mengemas kini status mereka di WhatsApp dan akan terus dikongsi dengan Facebook Story and Insta stories.
Walau bagaimanapun, ciri terbaru WhatsApp tidak akan menyambungkan akaun pengguna secara automatik dengan semua media sosial yang lain. Jadi, anda tidak perlu bimbang jika nombor telefon anda ‘dibocorkan’ di platform media sosial bila mengabungkan data.
Ciri-ciri baru ini hanya untuk memaksimumkan perkongsian data API iOS dan Android yang boleh digunakan oleh semua aplikasi lain. Di samping itu, WhatsApp juga mahukan pengguna yang membuat keputusan yang sama untuk berkongsi status di platform media sosial yang lain atau tidak. Setakat ini WhatsApp mempunyai 500 juta pengguna setiap hari dan dilaporkan menjadi antara platform aplikasi bual yang pertama meletakkan iklan pada platform pada tahun depan.