Setiap wanita mengimpikan punggung yang bulat dan anjal. Ini kerana lelaki melihat bentuk punggung sebegitu dianggap seksi bagi mereka, oleh sebab itu ramai wanita berusaha untuk mendapatkan punggung idaman para lelaki.
Namun adakah ianya berbaloi hanya semata-mata ingin menarik perhatian lelaki?
Kalau boleh nak punggung seperti Kim Kardashian. Kajian dari University of Pittsburgh mendapati, wanita dengan punggung besar akan mempunyai anak yang lebih bijak.
Tetapi tahukah anda, jika anda duduk di meja kerja selama 8 jam atau lebih lebih sehari, anda terdedah kepada tekanan darah tinggi, serangan jantung, kemurungan dan paling teruk menurut The New York Post, punggung akan menjadi leper!
Ahli terapi fizikal, Abby Bales mendedahkan, semakin lama seseorang duduk tanpa bergerak, kemungkinan besar “kesukaran mengakftikan glutes untuk mengekalkan bentuk pinggul dan berisiko untuk miliki punggung leper.”
Anda hanya perlu luangkan masa hanya selama 5 minit setiap 2 jam untuk berjalan di sekitar pejabat kalau tak nak punggung menjadi leper. Jadi sekiranya anda takut memiliki pungung leper dan tidak nampak menarik, sebaiknya anda kerap bersenam ya!
Sumber: Hanasuva