Seorang wanita dari negara itu telah menunjukkan ‘kekreatifannya’ di sebuah bazar Ramadan di Melaka. Samping merupakan antara pakaian tradisi yang sering digayakan bersama baju melayu. Bagi seorang wanita Korea ini, sampin mungkin bakal menjadi ikutan fesyen terbaru. Benarlah kata orang, orang Korea gila berfesyen.
Gelagat wanita Korea ini sempat dirakam oleh orang ramai. Sebenarnya, tindak tanduk wanita berkenaan telah membuat penjual dan orang ramai yang berada di sekitar kedai tersebut berasa teruja dan hairan melihat perilaku wanita itu.
Wanita itu dilihat menggayakan sampin yang selalunya dipakai oleh kaum lelaki. Berkemungkinan, wanita itu menganggap samping adalah sejenis pakaian untuk wanita. Orang ramai sempat mengambil aksi wanita tersebut dan memuat naik gambar tersebut ke Facebook dan menjadi tular di media sosial.
“Tak lama lagi samping jadi trend untuk perempuan Korea.” tulis Netizen.
“Pandai juga dia gayakan, ‘masuk’ pula dengan baju dia pakai. Nanti pesan kat dia suruh stay Malaysia sampai pagi raya tau, baru dia tau orang pakai sampin tu macam mana rupanye, kikikiki.” sambungnya lagi.
“Semalam datang pakai kain kembang tak leh test. Hari ni datang pakai seluar pendek terus sarung je,” tulis seorang individu lain.
Berdasar posting tersebut, wanita itu telah datang ke kedai tersebut selama dua malam berturut-turut. Pada mulanya wanita itu datang dengan memakai skirt kembang dan pada malam berikutnya hanya memakai seluar pendek untuk membolehkannya mencuba samping tersebut.
Rata-rata netizen memuji wanita Korea itu kerana ianya sesuatu yang kreatif dan membawa kelainan kepada samping tersebut.
Ada yang memuji kepandaian wanita Korea tersebut menggayakan samping tersebut kerana nampak sesuai dengan baju yang dipakai.
Sumber: mStar, Kaki Share