Sebenarnya terdapat banyak cara untuk mengurangkan berat badan, sama ada anda tekad atau tidak sahaja. Memang bukan mudah hendak menahan lapar jika perut mula memberi isyarat lapar, namun otak anda masih mampu mengawalnya dengan cara mudah, gosok gigi.
Tahukah anda bahawa dengan gosok gigi pada waktu malam akan membuatkan anda rasa tidak lapar? Sememangnya kita akan gosok gigi setelah selesai makan bukan? Rasanya ramai yang teragak-agak untuk makan lagi selepas itu.
1 Elakkan anda rasa lapar pada tengah malam
Sebenarnya ada cara mudah untuk kuruskan badan. Memang sangat mudah iaitu dengan mengosok gigi di waktu malam. Memberus gigi di waktu malam adalah cara terbaik untuk elakkan anda makan lewat malam. Mungkin akan membuatkan anda rasa malas hendak makan kerana gigi sudah bersih diberus.
2 Buatkan anda rasa hilang lapar
Seeloknya setelah habis makan, segera menggosok gigi. Ini adalah langkah terbaik untuk anda rasa lapar lagi. Kerana sisa makanan yang melekat di gigi anda akan mengeluarkan aroma dan otak akan memberi isyarat lapar membuatkan anda rasa hendak makan.
3 Membuatkan anda rasa malas makan kerana perlu gosok gigi lagi
Bila dah berus gigi mesti tak nak makan dah sebab malas nak berus gigi lagi. Jadi, kalau anda nak kurus dengan cepat, rajin-rajin berus gigi setiap malam. Bunyi seperti lucu, tetapi anda perlu cuba dan rasakan keberkesanannya.
Sumber: Hanasuva.com