Sila lihat, adakah telapak tangan M? Betul atau tidak, terpulanglah kepada anda untuk menilainya. Baca ini hanya untuk sekadar suka-suka dan sekadar bacaaan ringan sahaja.
Seni ramalan ini kedengarannya memang pelik, kerana melalui telapak tangan masa depan seseorang dapat diramalkan. Pengetahuan di luar negara yang dikenali sebagai Palmistry ini telah wujud sejak ribuan tahun yang lalu di India. Bukan tanpa sebab mengapa India menjadi tempat permulaan seni Palmistry ini.
Menyelusuri sejarah, kaedah ini lahir dari astrologi Hindu yang disebut dalam buku China, I Ching. Tidak hairanlah jika seni meramal telapak tangan akhirnya tersebar ke seluruh Asia dan Eropah hingga sekarang.
Ya, walaupun zaman telah berubah semakin moden, hakikatnya masih banyak orang yang suka membuat ramalan. Dan, topik bahawa mereka yang mempunyai telapak tangan membentuk huruf M, adalah seorang yang bertuah. Benarkah?
Lihat pada tapak tangan anda, ada tanda ‘M’ tak di telapak tangan?
Jika ada, anda merupakan individu yang bertuah kerana anda seorang sangat berbakat, mempunyai firasat dan mempunyai daya usaha yang tinggi.
Anda juga percaya kejujuran itu adalah prinsip terbaik dalam kehidupan malah tidak suka ditipu. Dikatakan lagi, individu yang bertanda ‘M’ pada telapak tangan mempunyai deria ke-enam yang kuat dan sentiasa tahu apa yang mereka inginkan.
Maksud yang lain, seorang yang sangat berani dan tidak menjauhkan diri daripada cabaran dan suka merebut peluang. Betul ke? Kongsikan kepada sahabat dan keluarga yang turut mempunyai telapak tangan huruf ‘M’ ini ya!