Tetaplah berhubung

Selebriti Terkenal Korea Kongsi Rahsia Turun 9 Kg Dalam Masa Seminggu

Foto: Instagram

Seleb

Selebriti Terkenal Korea Kongsi Rahsia Turun 9 Kg Dalam Masa Seminggu

Dengar saja artis korea, pasti terbayang-bayangkan wajah mereka yang sangat cantik dam bentuk tubuhnya yang sangat menawan. Bukan sesuatu yang mengejutkan jika selebriti Korea mendedahkan rahsia mereka kurus dengan menjalani ‘diet ekstrem’.

Baru-baru ini, anggota kumpulan f(x), Luna, mengakui dia juga mengambil pendekatan sama iaitu menjalani diet ketat untuk mendapatkan tubuh yang langsing. Tetapi bukan semua orang mempunyai keupayaan yang sama untuk menjadi kurus hanya dengan masa singkat.

– 목요일 밤 9시 잊지말아요 ❤?#룬파벳

A post shared by Luna 루나 (@hermosavidaluna) on

Dalam siri videonya, Luna’s Alphabet yang dimuat naik di YouTube, penyanyi berusia 24 tahun ini Luna mendedahkan rahsia diet yang dilakukannya lebih-lebih lagi menjelang promosi album baru.

Kata Luna, selama ini dia mengamalkan minum teh hijau dan air lemon. Luna turut berkongsi cara-cara membuat minuman detox itu. Kaedah ini selalunya memang berjaya untuk menurunkan berat badan secara cepat, namun ianya tidak sesuai untuk semua orang ya!

– 루루가 너무너무 사랑하는 제니언니?❤ 룬파벳 촬영하다 한컷 ?

A post shared by Luna 루나 (@hermosavidaluna) on

Tambah Luna lagi, dia mengamalkan minuman teh hijau dan lemon sebanyak 1.5 liter sehari. Dengan detox diet yang dilakukannya ini, dia berjaya menurunkan sebanyak 9 kilogram dalam tempoh satu minggu.

Namun, Luna menasihati kepada peminatnya yang mempunyai penyakit anemia untuk tidak mengikuti amalan diet tersebut kerana bimbang akan memberi kesan sampingan.

❤️ 오늘 공연도 화이팅

A post shared by Luna 루나 (@hermosavidaluna) on

Tidak hairan la mereka mempunyai badan yang sihat dan cantik. Mereka rajin menjaga kesihatan dan bagi mereka bentuk tubuh yang menawan dan munggil adalah aset berharga dan penting untuk mereka.

Sumber: Hanasuva.com

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Seleb

Ke Atas