Tetaplah berhubung

Cacing Ini Mungkin Ada Bawah Kulit Anda Tanpa Anda Sedari

Tips

Cacing Ini Mungkin Ada Bawah Kulit Anda Tanpa Anda Sedari

Doc/anda kadang² drive leh sesat jalan. Tau tak anda, CACING PUN BOLEH SESAT. Hihihi” AWAS SESIAPA YANG BELA KUCING!!

Tadi kat Klinik doc ada seorang Pemuda handsome. Kacak orangnya. Masuk je bilik consultant doc terus berkata: ” Cer tengok kulit badan saya doc..habis jadi PETA JALAN BENGKANG BENGKOK. SIMPANGAN TRAFIK LIGHT PUN ADA. Mcm peta! Apa benda ni doc”. Kecian dia…dah merana berminggu dah!!

Ni le “CACING SESAT”. Anda cer cek kulit badan, kaki, tangan atau punggung anda atau anak anda. Ada tak CACING SESAT ni? Kami orang Perubatan panggil CUTANEOUS LARVA MIGRAN.

(Ancylostoma braziliensis, Ancylostoma caninum, dan Gnathostoma spinigerum)

A. Apa CUTANEOUS LARVA MIGRAN atau CACING SESAT!

Cacing ni hidup & membesar hanya di kucing & anjing. Hihihi.. bila binatang ni berak bersama telur cacing ni yang menetas jadi larva filariform yang hidup di dalam tanah, lumpur, pasir & tempat kotor.Kalau kita bekerja atau anak bermain di kawasan ni yang ada najis ni….jaga² le..kita boleh TERTELAN TELURnya atau larva ni boleh MENEMBUS MASUK kedalam KULIT anda/manusia. Pada awalnya kulit anda bentuk biji kemerahan yang sangat gatal. Larva cacing ni hanya boleh bergerak melalui terowongan yang dibentuknya di PEMUKAAN kulit kita je. Ia tak leh masuk kedalam badan anda je. Dari bentuk biji merah..lepas tu memanjang…sampai menjalar jadi bengkang bengkok macam ular spt jalan simpang sior kat Penang ni.

B. Info tambahan yg doc nak U all kena tau.

1.Doc nak bagi tau ia bergerak 2-3 mm sehari…bayangkan kalau berminggu atau berbulan kalau tak ubati.!! …dah jadi WORLD MAP! dibadan anda.

2.Tapi ingat di dalam tubuh manusia larva tak dapat kembang jadi cacing dewasa.

3.Kalau tak ubati kulit anda gatal, anda garu, kulit jadi inflamasi dan terinfeksi benanah!

Rawatan.

1.Mai cepat jumpa doctor anda/ doc. Mkn UBAT CACING…2-3 hari.

2.Mkn antibiotik klu infeksi. Dan cream gatal.

3.Klu nasib baik….terowong yg terdepan tu kemungkinan ada larva cacing tu…..hihihi doc korek je le…..hihihi.

Cegahan.

1.Pikiaq 2X sebelum bela kucing.

2 Pakai kasut dan glove bila kerja ditempat tanah kotor. Make sure anak kita besepatu masa luar rumah. Bersih tangan sebelum makan.

3.Makan ubat Cacing…untuk anda dan kucing. Jaga kebersihan kucing anda.

Doc hrp Artikel ni manafaat bagi anda.

ELAK CACING SESAT! ANDA JANGAN SESAT cukup le….hihihi.

Sumber: Dr. Abdul Rahim

Muat artikel

Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Tips

Ke Atas