Perkahwinan adalah salah satu tanggungjawab besar yang bakal anda hadapi, dan bukanlah sekadar berkahwin dengan pasangan anda dan hidup bahagia.
Tetapi, liku-liku kehidupan selepas berkahwin itu la kehidupan mencabar yang perlu dilalui oleh semua orang.
Tetapi sebelum anda membuat keputusan untuk berkahwin, anda sepatutnya bersikap lebih matang dan tahu apa tujuan hdup anda. Jangan pula berkahwin kerana mendengar cerita orang yang berkahwin itu bahagia dan menyeronokkan. Anda perlu bersiap dari segi mental dan fizikal ya!
Ada beberapa perkara yang anda perlu lakukan sebelum anda berumah tangga. Jom kita lihat:
1. Mempunyai pendapatan sendiri
Sebelum hendak melamar anak orang untuk menjadi suri hati anda, pastikan anda sudah bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri. Jangan pula masih terbawa-bawa dengan sifat malas dan hanya mahu goyang kaki sahaja. Perempuan mana yang inginkan lelaki malas?. Dan jika anda seorang perempuan pula, anda harus ada simpanan sendiri, agar apabila timbul masalah dalam rumahtangga kelak anda sudah mempunyai simpanan. Mana la tahu kan?
2. Cuba hidup sendiri
Sebelum hendak rasa hidup sendiri selepas berkahwin, cuba anda menyewa rumah dan duduk sendiri dahulu. ambil pengalaman berdikari. Lagipun hidup bujang tiada tekanan sepertimana anda sudah mempunyai suami atau isteri ya!
3. Cantikkan gigi
Ketika majlis perkahwinan berlangsung, pasti ramai tetamu hendak bertemu dengan anda, bagaimana hendak senyum dengan penuh yakin jika gigi anda kelihatan tidak menarik?. Tidak rugi pun jika anda melaburkan sedikir duit untuk mencantikkan gigi anda.
4. Bentuk badan yang diidamkan
Setiap pengantin mahukan yang terbaik untuk hari perkahwinannya, dari pelbagai sudut, dari barang hantaran, makanan, hingga la kepada topik pemakaian. Semuanya perlu sempurna. Dan oleh itu, cuba la berdiet bagi mendapatkan bentuk badan yang di idamkan. Anda pasti mahu nampak cantik di hari perkahwinan anda kan?
5. Bermanja dengan rakan-rakan dan ahli keluarga
Setelah anda berkahwin, anda akan tinggal dengan suami dan meninggalkan rakan-rakan dan ahli keluarga anda. Habiskan masa anda dengan mereka sebaik-baiknya. Ini kerana anda akan rindukan masa anda dengan mereka.
Sumber: Gempakbakhang.com