Tetaplah berhubung

Sosial Trend

Ucapan Hari Jadi Syaiful Zero Ini Buat Ramai Sebak

Foto: Google

Seleb

Ucapan Hari Jadi Syaiful Zero Ini Buat Ramai Sebak

Sebut saja kumpulan Zero, pasti saja ramai yang mengenali mereka, di sebalik kejayaan kumpulan itu, ada satu cerita sedih yang sangat menyayat hati apabila seorang ayah terpaksa meinggalkan anak yang masih kecil demi mencari rezeki untuk isteri dan anak-anak.

Syaiful Zero atau dengan nama manjanya Melati antara karakter paling penting dalam kumpulan Zero. Tanpanya, persembahan mereka boleh dikatakan tiada penyeri. Karakternya sangat kelakar, bersahaja dan natural. Dengan usaha mereka berentap dengan kumpulan lain di gelanggang akhir Zero akhirnya mendapat tempat ke-4 minggu lalu.

Tapi yang menyedihkan netizen, ketika hari kelahiran buat anak kesayangannya. Ayah mana yang tidak rasa sedih jika terpaksa berjauhan dengan anak tercinta ketika sambutan hari lahirnya. Terpaksa berjauhan oleh kerana komitmen bersama MLM 2017. Hanya ucapan dan doa mampu Syaiful buat untuk anaknya. Sebak juga baca ucapan hari jadi ni..

Assalamualaikum..alhamdulillah33x..genap setahun sudah anak ku MOHAMMAD SHARIF ISYRAQ..Semoga menjadi anak yang taat dan hormat pada ibu bapa,keluarga dan orang di sekeliling mu..semoga menjadi anak yang soleh dan membawa kebahagiaan kepada keluarga kita..semoga menjadi anak yang boleh membimbing keluarga dan menjadi pemimpin yang baik satu hari nanti.. hanya doa yang ayah mampu berikan untuk mu wahai anak ku..minta maaf kerana di hari penting mu,ayah xdapat meraihkan hari kelahiran mu dan hari perjuangan antara hidup dan mati ibu mu untuk melahirkan mu..maafkan ayah sebab x ada di sisi kamu kerana kesibukan kerja..minta maaf sebab kau membesar tanpa ada ayah di sisi mu..kau mengenal dunia tanpa ayah memimpin mu buat seketika..kau mengenal lapar dan dahaga tanpa ada ayah untuk menyuap mu..insyaallah nak,rezeki yang ayah dapat skarang ini adalah rezeki yang allah turunkan untuk mu melalui ayah..setiap perbuatan sekarang yang ayah buat ini adalah untuk mu anak ku..apa pun yang terjadi malam ini adalah lah ketentuan dan rezeki untuk mu yang datang dari allah..Selamat ulang tahun yang pertama untuk anak ku MOHAMMAD SHARIF ISYRAQ..

Bersabar lah wahai ayah, besar nanti pasti si kecil mu akan memahami mengapa saat dia membesar engkau tiada bersamanya. Besar sungguh pengorbanan seorang ayah, doakan semoga anda berjaya dalam karier dan mendidik anakmu menjadi anak yang soleh. Aaminn

Sumber: Instagram Syaiful Zero

Muat artikel

Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Seleb

Ke Atas