Tetaplah berhubung

Sambutan Hari Lahir Jep Meriah

Seleb

Sambutan Hari Lahir Jep Meriah

Pada Februari yang lalu, Jep Sepahtu dan Sari Yanti telah disatukan sebagai suami isteri dan pasangan ini dilihat sangat secocok.

Terbaru, beberapa foto telah dimuat naik dan dikongsikan sebuah laman portal hiburan tempatan.

Dikatakan, foto-foto tersebut adalah dari majlis sambutan hari kelahiran Jep ke-32 yang diadakan di Stratosphere @ The Roof di ibu negara dan sambutan tersebut diadakan awal beberapa hari dari tarikh lahir Jep, pada 9 April.

Jelas terpancar kebahagiaan pada wajah Sari Yanti di dalam foto-foto tersebut yang tidak lekang memandang wajah suaminya. Sambutan hari jadi pada tahun ini pasti meninggalkan memori indah buat Jep yang kini berstatus suami.

Khas buat peminat setia Jep Sepahtu dan juga Sari Yanti, berikut foto-foto sepanjang majlis tersebut berlangsung.

Foto: dvineplanner & weddingsbybasyir

Muat artikel

Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Seleb

Ke Atas