Tetaplah berhubung

Sosial Trend

‘RM50 Dah Boleh Beli Sekampit Beras,’ – Johan Marah Peminat

Foto: Siakapkeli

Seleb

‘RM50 Dah Boleh Beli Sekampit Beras,’ – Johan Marah Peminat

Dengar saja nama Johan, pasti ramai yang mengenalinya dan sudah tahu bagaimana gelagat lucunya. Setiap kali dia beraksi di pentas dan di televisyen, sudah pasti peminatnya tidak akan berganjak dari tempat duduk. Sungguh kuat pengaruh Johan ni.

Di sebalik kejayaan-kejayaannya, ada sesuatu yang istimewa tentang Johan, Iaitu sifat rendah diri dan juga sangat ramah dengan peminatnya. Bahkan, dia tidak suka jika peminatnya berhabis duit semata-mata hanya untuk mengundinya. Jarang sekali kita berjumpa dengan artis yang begitu tulus dan jujur.

Itulah Johan atau nama sebenarnya Mohammad Yazid Lim Mohamad Aziz, dia berasa kurang senang kerana peminat telah menghabiskan wang mereka demi memastikan kemenangannya artis kesayangan mereka dalam sesebuah anugerah.

Johan yang turut menjadi pengacara AME 2017 bersama Nabil dan Neelofa itu telah merangkul tiga anugerah yang dipertandingkan.

Tiga anugerah itu ialah artis lawak, penyampai radio dan program radio yang dipilih berdasarkan undian peminat.

“Saya marah mereka undi saya kerana pengundi saya bukan di kalangan yang berada. Mereka orang biasa.

“Duit yang mereka ada baik disedekahkan kepada anak yatim atau bantu ibu bapa, itu lebih baik.

“Tetapi inilah apabila dikatakan peminat, kita kentut pun mereka kata wangi. Jadi saya terima kasih kepada peminat kerana mengundi saya,” katanya.

Menurut johan lagi, kemenangan pada malam itu tidak menjadi keutamaan kerana komitmen mengacara lebih diutamakan.

“Saya selalu marah peminat saya beli surat khabar atau berkenaan dengan duit. Saya tidak sokong penyokong saya menyokong saya dengan duit.

“Kalau nak cakap duit, saya ada duit. Jangan buang duit anda. Kalau undi atas talian tidak mengapa, itu tidak guna duit.

“Saya tidak mahu bebankan orang. Duit itu boleh buat benda lain daripada dihabiskan kepada artis pujaan.

“RM50 dihabiskan untuk artis pujaan? Kita boleh dapat beras sekampit,” katanya.

Sumber: Siakapkeli

Muat artikel

Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Seleb

Ke Atas