Tetaplah berhubung

Sosial Trend

Mat Over Menampar David Teo Di Hadapan Dato’ Seri Najib

Foto: Facebook

Komuniti

Mat Over Menampar David Teo Di Hadapan Dato’ Seri Najib

David Teo ditampar oleh Mat Over ketika live didepan Perdana Menteri Malaysia.

David Teo yang ditampar oleh pelakon Sulaiman Yassin atau pun lebih dikenali sebagai Mat Over ketika sesi bersama selebriti dalam majlis Transformasi Nasional.

Mat Over naik berang melihat pemimpinnya ditanya dengan nada yang kurang sopan.

Lebih mengeruhkan suasana, tindakan pelakon veteran tersebut dilakukan di hadapan perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekaligus menimbulkan suasana riuh rendah seketika. Kejadian tersebut bermula apabila David Teo bertindak merampas pembesar suara daripada Rosyam Nor.

Tindakan David Teo itu adalah untuk menyuarakan pendapatnya supaya selebriti yang berada di barisan belakang turut diberi peluang untuk bercakap. David dan juga Mat Over kemudiannya dibawa keluar oleh pengawal keselamatan setelah keadaan menjadi semakin tegang.

Begitu mengecewakan apabila situasi tegang ini timbul apabila David Teo mengemukakan beberapa usul dengan serangkap pantun yang tidak lengkap akhirnya ditampar oleh seseorang dari belakang tadbir yang dikenali sebagai Mat Over. Perkara ini amatlah mendukacitakan kerana rendahnya nilai moral dan adab ketika bersama pemimpin negara kita.

Setelah di tenangkan semula oleh pengacara Rosyam Nor keadaan kembali pulih dan dengan tenangnya Dato’ Seri Najib menyatakan “kalau ia pun janganlah sampai pukul-pukul”.

Nampak disitu rakyat jelata sudah hilang akhlak apabila sudah “dimanjakan” dengan keamanan negara kita. Tahap kesabaran pemimpin kita seharusnya dihargai kerana meluangkan masa bersama rakyat dalam mendengar segala masalah yang dihadapi.

Sumber: facebook.com

Muat artikel

Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Komuniti

Ke Atas