Tetaplah berhubung

Sosial Trend

Lelaki Ini Ditolak Cintanya Di Khalayak Ramai Dan Diketawakan

Foto: youtube

Ohsem

Lelaki Ini Ditolak Cintanya Di Khalayak Ramai Dan Diketawakan

Setiap pasangan bercinta mahukan hubungan itu berakhir di jinjang pelamin, bertahun mengenali pasangan dan rasa sudah tiba masa untuk melamar. Ianya adalah perasaan yang tidak dapat digambarkan, rasa takut, berdebar-debar  segalanya bermain di fikiran. Pasti setiap pasangan yang sudah berumahtangga mengalami perasaan yang sama bukan?

Begitu juga dengan seorang lelaki yang viral di youtube ini, dimana dia bersiap sedia untuk melamar teman wanitanya di khalayak ramai, tapi bagaimana dengan reaksi teman wanitanya? Adakah bersetuju dengan lamaran tersebut ataupun menolak?

Di dalam video tersebut, lelaki berkenaan bertindak memanggil orang-orang yang berada di pusat membeli belah tersebut untuk menyaksikan lamaran tersebut. Dia menjerit-jerit meminta semua orang berkumpul untuk menyaksikannya, dan ramai orang yang berada di pusat membeli belah tersebut berkumpul dan menunggu teman wanitanya.

Ketika teman wanitanya berada dihadapannya, lelaki tersebut melutut dan menunjukkan cincin berlian tanda melamarnya, dan reaksi wanita tersebut sangat tidak dijangka, apabila menolak lamaran tersebut

“Saya tidak boleh menerima awak”

“Maafkan saya”

Melihat kejadian tersebut, mereka yang melihat kejadian itu semuanya ketawa, melainkan seorang lelaki yang datang kepadanya bersalaman dan memberi pelukkan kepadanya.

Dan untuk pengetahuan semua, sebenarnya lelaki berkenaan hanyalah membuat video rakaman esperimen sosial. lelaki tersebut atau nama sebenar Aka Fredo iaitu seorang yang berpengaruh di internet. Beliau berharap video ini dapat memberi pengajaran bahawa, setiap orang yang mengalami kegagalan cinta harus diberi semangat, bukan hanya mentertawakan kegagalannya.

Apa yang mengejutkan, dalam ramai-ramai yang menyaksikan kejadian tersebut, hanya seorang sahaja yang menghulurkan tangan, yang lain hanya melihat sambil ketawa.

Di akhir rakaman video tersebut, lelaki tersebut pergi ke rumah teman wanitanya dan menghadiahkan cincin berlian, teman wanitanya menerima cincin tersebut dengan hati yang sangat gembira , dan mereka menegaskan bahawa kejadian yang direkodkan adalah semata-mata untuk melihat bagaimana reaksi orang awam apabila melihat kejadian seperti itu berlaku.

Sememangnya manusia memang suka melihat kegagalan manusia lain, berbanding memberi semangat dan motivasi untuk terus maju dalam hidup. Video tersebut memberi satu pengajaran yang baik

Muat artikel

Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Ohsem

Ke Atas