Manusia kadang-kadang terlalu suka menilai manusia yang lain hanya sekilas pandang bukan? Belum kenal tetapi sudah memandai hendak menilai baik buruk perangai seseorang.
Sebab itu ada pepatah mengatakan “tak kenal maka tak cinta” , sebaiknya kenali dahulu baru menilai dengan baik. Jika hanya anda baru sehari duduk semeja dngannya anda sudah mengenali hati budinya ya!
Ada beberapa faktor yang kadang-kadang membuatkan orang tersalah anggap dan salah menilai anda, dan selalunya anda tidak perasan pun bahawa tingkah laku anda tersebut membuatkan orang salah faham dan terus memberi kritikan kepada anda. Antaranya ialah.
Pandangan anda
Setiap orang mempunyai cara pandangan yang berbeza ini kerana bentuk ukiran mata itu sendiri kadang-kadang membuatkan orang sukar untuk menilai pandangan anda terhadap mereka. Contohnya saiz mata yang lebih besar selalunya orang beranggapan si pemilik mata begitu seorang yang ramah dan tidak sombong. Manakala pula sesapa yang memiliki mata yang lebih sepet dan nampak lebih garang membuatkan orang berfikiran yang si pemilik mata sepet orangnya agak sombong dan tidak mudah bergaul dengan orang. Betul ke?
Bau badan
Antara lain orang selalu suka kritik ialah apabila bau badan anda agak berbau dan kurang menyenangkan. Mungkin saja anda baru sahaja lepas bersenam dan badan anda mengeluarkan bau yang agak ketara dan orang sekeliling anda rasa kurang selesa, lalu anda dikatakan sebagai seorang pengotor. Kebiasaannya orang lebih selesa berdamping dengan orang yang bau badannya berbau harum dan wangi. Jadi anda haruslah peka dengan bau badan anda ya! Agar nanti orang sekeliling anda selesa mendekati anda dan tidak berfikiran negatif terhadap anda.
Gaya pakaian
Cuba anda berpakaian selekeh dan masuk ke dalam butik ataupun kedai barangan mewah, agak-agaknya bagaimana tanggapan mereka terhadap anda ya? Pasti sahaja mereka akan melayan anda sambil lewa sahaja padahal anda mampu membeli barangan mewah di kedai mereka. Bagi sesetengah orang, cara pemakaian adalah sangat penting kerana ianya melambangkan peribadi seseorang. Jika anda berpakaian kemas dan bersih anda akan dipandang baik dan orang akan senang bergaul dengan anda. Tetapi jika anda selekeh dan kotor, sesiapa sahaja akan rasa kurang senang dan melemparkan pandangan yang sinis kepada anda.
Kulit Muka
Ada orang lebih pentingkan kecantikkan berbanding personaliti yang lain. Selalunya perempuan lebih suka melihat akan kecantikkan, mereka tidak senang berkawan dengan seorang yang mempunyai masalah kulit yang teruK. Begitu juga dengan lelaki, memilih pasangan yang mempunyai kulit yang sihat dan cantik untuk menjaga pandangan orang lain. Sebab itu anda harus menjaga kesihat kulit dengan baik, banyak cara yang boleh dilakukan bagi membendung masalah kulit yang teruk. Tinggal untuk anda memilih sahaja produk-produk di pasaran.
Ekspresi wajah
Ketika berkenalan dengan orang baru, Jangan buat muka masam mencuka, tetapi lebihkan senyuman pada wajah anda. Jangan kedekut untuk senyum.
Kesan pertama juga ditentukan oleh ekspresi wajah. Kalau awal perkenalan anda sudah segak, Sudah pasti akan dinilai dengan baik. Contohnya ketika anda sedang temuduga, jika anda berpakaian kemas dan menunjukkan ekspresi wajah yang baik, anda kemungkinan akan diterima bekerja. Sebab itu penting untuk kita berpakai kemas dan segak
Dimana saja kita berada, kita seharusnya menjaga pertuturan dan juga imej bepakaian kita. Itu adalah sangat penting ya!
Sumber: Brilio.net