Membina rumah tangga memang bukan perkara mudah, kerana perlu untuk saling memahami dan saling mengalah.
Perkahwinan bukan hanya soal cinta, baca 7 perkara di bawah ini dalaman membina rumah tangga berikut ini,
Perkahwinan bukan hanya perkara seorang saja
Masa sebelum berkahwin, anda hanya merasakan dunia dua orang sahaja, itu sudah cukup. Tapi setelah berkahwin, anda pula perlu berhadapan dengan dua keluarga; keluarga anda dan keluarganya. Ditambah lagi dengan keluarga baru yang anda berdua bina ini, belum lagi ditambah dengan keluarga dari kakak atau adik pasangan. Banyak keluarga harus bersatu, tentunya masalahnya tidak semudah ABC.
Membina mahligai perkahwinan tanpa wang itu tidak mungkin, tetapi jika banyak wang, masalah juga banyak
Hari-hari tiada wang, pasti akan rasa amat sukar. Pasangan yang kekurangan wang, pasti ada sejuta masalah, kalau anda dan pasangan tidak mempunyai ekonomi yang stabil, setiap hari pasti rasa sukar.
Jika tiba-tiba satu hari anda menjadi kaya, jangan kira semuanya akan selesai, masalah perlahan akan datang, semakin banyak wang, semakin banyak peluang untuk masalah akan datang. Curang, adalah salah satu contoh dari masalah wang.
Jika anda sudah terseksa sebegitu lama tanpa wang, tiba-tiba kehidupan anda dlimpah dengan wang, anda bukan lagi orang yang sama.
Anak-anak tidak bersalah
Biasanya dalam perkahwinan yang paling terluka dan kasihan, adalah anak.
Berapa ramai nasib anak muda yang hancur, kerana penceraian kedua ibubapanya. Jika anak-anak sudah kehilangan jiwanya, hidupnya pun berubah, watak mereka juga mati kerana ibubapa.
Ada ramai anak-anak yang lahir dari keluarga yang bermasalah, sehingga bermasalah di sekolah, berpewatakan yang membangkang, suka memberontak atau malah suka menyendiri.
Tentunya ini sangat berkaitan erat dengan masa depan mereka, pekerjaan mereka nanti, malah kehidupan mereka.
Pasangan berikutnya, belum tentu lebih baik dari yang sebelumnya
Ramai orang rasa pasangannya sekarang benar-benar teruk dan dia sudah tidak tahan lagi, dia rasa akan mencari yang lebih baik dari pasangannya sekarang. Padahal, realitinya tidak sebegitu.
Mengalah, sabar, dan berlagak bodoh, membuat perkahwinan semakin erat!
Bersabar sedikit, anda dapat menenangkan badai, mundur selangkah boleh menyelamatkan hidupmu. Hubungan suami isteri, jangan terlalu berhitung, kalau semuanya dikira begitu terperinci, apa guan bersatu menjadi suami isteri?
Paling penting, dia yang menemani seumur hidup anda
Jika anda masih muda atau baru saja berkahwin, mungkin masih belum mengerti semua perkara ini, namun setelah anda berkahwin bertahun-tahun, anda akan mengerti. Orang paling penting dalam hidup anda, bukanlah anak, bukan juga ibu bapa anda, bukan kakak atau adik, tetapi orang yang anda pilih untuk menghabiskan sisa hidup bersama, dia adalah orang yang anda cintai.
Menghormati ibubapa
Seumur hidup ini, orang yang paling mencintai, pastilah orang tua anda. Jadi jangan lupa untuk menghormati mereka, jadilah anak yang berbakti pada orang tua dan mertua. Jangan biarkan pasangan anda sukar untuk memilih diri anda atau orang tuanya.
Sumber: Coco