Berkahwin dan membina mahligai yang bahagia bukanlah kerja mudah, ianya memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan tolak ansur antara suami dan isteri.
Ada yang pada permulaan perkahwinan saja hidup penuh senda gurau, tetapi apabila sudah mencecah 4 tahun mula merasa bosan dan timbul pelbagai masalah.
Inilah yang harus kita elakkan, kerana semua orang berkahwin menginginkan kebahagiaan rumahtangga sampai bila-bila.
Mungkin sesetengah pasangan yang sudah berumahtangga terlepas pandang akan beberapa perkara yang boleh meningkatkan lagi rasa kasih dan cinta antara mereka. Mungkin ianya dianggap sebagai perkara remeh dan diabaikann sehinggalah akhirnya sesebuah hubungan itu hancur kerana terlalu mengambil mudah akan perkara-perkara seperti ini.
Pakai pakaian yang cantik
Suami balik dari tempat kerja dengan keadaan yang sangat letih dan stress, jangan pula sambut suami dengan pakaian yang berbau, pakai ala kadar saja. Cuba anda berhias sedikit dan berpakaian kemas, pakai wangian. Suami pulang pun dalam keadaan seronok saja bila mengenangkan isteri nya yang cantik sedang menunggu kepulangannya.
Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira
Sambut kepulangan suami dengan hati gembira, senyum dan beri lirikan manja. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang. Jangan pula sambut kepulangan suami dengan muka yang masam mencuka. Suami yang stress semakin stress.
Jaga makan suami
Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya. Orang tua-tua selalu pesan, tidak pandai masak, tidak mengapa, asalkan anda mencuba. Suami lebih suka merasa air tangan isterinya. Kalau tidak pandai masak, search saja Google, pasti banyak resepi-resepi terhidang, tinggal anda memilih sahaja.
Banyak membantu suami anda
Jika anda sudah tahu ekonomi keluarga anda masih belum stabil, anda sepatutnya jangan terlalu meminta-minta. Ini kerana mungkin saja suami akan mengalami stress dan akan terbawa-bawa sehingga ke tempat kerja. Ini menganggu urusan kerja suami. Jika anda perlukan duit tambahan, boleh saja anda aktif dalam berniaga online. Contohnya, menjadi dropship mempromosikan barang. Ianya jimat malah menguntungkan kerana menjadi dropship tidak memerlukan modal dam menyimpan barang. Segalanya dihujung jari. Sama ada anda mahu atau tidak saja.
Nyatakan sayang anda kepada suami anda
Bagitahu dia yang anda sayangkan dia, setiap hari tanpa jemu. Jika dahulu sebelum bernikah, setiap saat sayang. Apa salahnya jika selepas berkahwin amalkan semua yang pernah anda lakukan sebelum berkahwin. Bukan sahaja bahagia, malah juga mendapat pahala.
Sentuh dan belailah suami anda selalu
Ketika anda sedang berduaan, ketika menonton televesyen atau melakukan aktiviti bersama, sentuh dan belailah suami. Usap rambutnya dan cium dahinya. Sentuhan sebegini mampu mengeratkan hubungan antara suami dan isteri. Romantik bukan?
Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal
Tidurkan anak-anak lebih awal, kerana anda juga perlukan masa bersama dengan suami.
Jangan Berleter
Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk. Cuba bertolak ansur, mungkin saja suami dalam keadaan penat.
Didalam rumahtangga, tolak ansur adalah salah satu perkara terpenting didalam membina rumahtangga yang harmoni dan bahagia. Jika tiada tolak ansur, suasana dalam rumahtangga akan menjadi tegang dan sentiasa berhadapan dengan masalah kemurungan. Elakkan perkara ini jika anda inginkan kebahagian dalam rumahtangga
Sumber: facebook/Rahsia Hawa