Tetaplah berhubung

Pengorbanan Seorang Bapa

Foto: Pinterest

Info

Pengorbanan Seorang Bapa

Selalunya kita sering mendengar luahan wanita-wanita berkenaan pengorbanan seorang isteri, bagaimana pula dengan pengorbanan seorang bapa? Ini sangat jarang dibincangkan sedangkan tanggungjawab seorang bapa juga amat besar dalam sesebuah keluarga.

Walaupun mereka tidak menggadaikan nyawa untuk melahirkan, tetapi tanggungjawabnya dalam mencari nafkah untuk isteri dan anak-anak juga adalah satu pengorbanan yang besar. Mari kita bincangkan.

Kengkangan masa bersama keluarga

Tiada suami yang tidak mahu meluangkan lebih masa untuk isteri tercinta, begitu juga bersama anak-anak. Tetapi untuk memastikan keselesaan isteri dan anak-anak, si bapa terpaksa mengorbankan waktunya untuk bekerja lebih masa dengan harapan dapat melengkapkan keperluan ahli keluarga terutamanya keperluan anak-anak. Jadi peranan isteri pula haruslah menyediakan keperluan suami sebaiknya.

Sanggup bekorban apa sahaja

Suami yang baik sanggup berkorban apa sahaja untuk isteri dan anak,  malah nyawa sekalipun sanggup digadaikan.

Penat pun ‘OK’

Seawal 6.30 pagi turun bekerja dan lewat petang baru pulang, seharian bekerja demi keluarga. Itu belum tanya soal masalah di tempat kerja. Sebaiknya jangan ditanya dahulu soal kerja sebaliknya sediakan keperluan untuk sidia mandi dan rehatkan diri. Jika ditanya adakah dia penat? Pasti jawapan nya ‘ok’ saja. Itu tandanya si suami tidak mahu menunjukkan penat seharian bekerja kepada isterinya, bahkan masih mampu untuk bergurau senda bersama anak-anak.

Marah tanda sayang

Mungkin cara seorang bapa dalam menegur anak-anak nya berbeza dibandingkan teguran seorang ibu. Ketegasan yang ditunjukkan kepada anak kadang kala di salah ertikan oleh anak-anak, nanti katanya tidak sayang kerana bertindak tegas. Oleh sebab itu anak-anak akan mulai kurang rapat dengan si bapa dan tidak mudah mesra, dan ini adalah salah satu pengorbanan dari seorang bapa demi mendidik anak-anak untuk menjadi insan cemerlang. Bapa mana yang tidak sayangkan anak-anak, demi kebaikan anak-anak si bapa terpaksa bertegas dan sanggup dibenci. Peranan seorang ibu pula haruslah menerangkan sebab mengapa bapa bertindak tegas sedemikian supaya anak lebih mengerti apa yang bapa nya ingin sampaikan.

Tidak cukup tidur

Kalau ibu bekorban nyawa melahirkan, ayah pula bekorban masa untuk memelihara anak-anak. Seringkali kita melihat pasangan yang sudah mempunyai zuriat sama-sama bekorban masa tidur demi menjaga anaknya, kadang kala sehingga lewat malam masih berjaga untuk memastikan keadaan anak dan isteri baik-baik sahaja.

Suami yanng baik akan membantu isterinya dalam menguruskan hal keluarga dan juga anak-anak supaya nanti hidup lebih tenang dan harmoni. Sememangnya tanggungjawab seorang lelaki itu besar dan bukan sahaja tanggungjawabnya terhadap isteri dan anak tetapi juga terhadap ibu bapanya. Isteri yang baik akan sentiasa memberi semangat kepada suami agar lebih adil dalam menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga, jika tanggungjawan suami bekerja di luar, maka isteri haruslah menjalankan tanggungjawab dirumah dengan sebaiknya.

Muat artikel

Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Info

Ke Atas