Memakai cermin mata hitam ketika bersanding bukanlah perbuatan yang suka-suka. Cuma biasalah ,dalam kehidupan normal masyarakat kita, memakai cermin mata hitam atau sunglasses selalunya menyebabkan pengantin lelaki dilabel “poyo”. Kenapa??
Tahukah kita, menurut kajian yang telah dilakukan oleh Dr Wilson, Psikologis dari Universiti of London, memakai cermin mata hitam boleh meningkatkan keyakinan diri dan juga seksual.
Cermin mata hitam itu juga membuatkan seseorang berasa dalam kawalan dan dapat melihat lebih banyak daripada merasakan dirinya dilihat. Bersanding, diperhatikan dan dinilai menyebabkan pengantin rasa kurang selesa. Selain memakai cermin mata hitam sebagai aksesori, ia juga telah mebuatkan pengantin merasa lebih selesa dan tenang di siggahsana. Ada sesetengah orang yang memerlukannya. So don’t judge!!!
Mata sensitif
Sesetengah pengantin lelaki lebih selesa memakai kaca mata hitam untuk melindungi mata mereka. Ketika beraraklah selalu terjadinya perkara ini. Akibat matahari terlampau terik, mata jadi letih dan terkelip-kelip. Apabila mata hilang fokus, mulalah timbul gambar dengan wajah yang pelik-pelik. Tapi kan, this thing selalu happen pada lelaki, kenapa ya?
Cermin mata ada daya penarik seksual
Memang sukar diterima alasan ini. Tapi itulah antara perkara yang disebut oleh Dr Wilson dalam kajiannya. Memakainya boleh jadi penarik untuk berlainan jantina.
Normal sudah terlalu boring! Jadi kenalah berani untuk nampak berbeza. Mengenakan cermin mata hitam seperti Edisi Istimewa Swarovski dari Bonia akan memberi gaya bold and trendy kepada pengantin. Kaca polarisednya pula dapat kurangkan silau.
Sebab ada kat hantaran, so kau guna. Ini pun satu alasan brilliant. Misalnya cermin mata Bonia dengan harga permulaan RM517 dan jaminan satu tahun adalah affordable. Jadi kenapa tidak dijadikan hantaran. Kemudian guna.
Kalau diikutkan secara logik, Raja Sehari berhak untuk memilih untuk memakai atau tidak cermin mata hitam. Ini adalah hari anda, jadi be bold and different. Cuma time salam orang tua tu, bawa-bawalah buka cermin mata.
Sumber: Pesonapengantin.my