Tetaplah berhubung

Sosial Trend

5 Cara Mudah Latih Diri Untuk Bangun Pagi

Foto: Google

Info

5 Cara Mudah Latih Diri Untuk Bangun Pagi

Adakah anda sentiasa komited untuk bangun tidur lebih awal dan sentiasa gagal berbuat demikian? Rileks, anda tidak bersendirian.

Bangun awal memang menjadi masalah sukar bagi beberapa orang, jadi bagaimana cara melatih diri agar mudah bangun lebih awal setiap hari? Berikut ini beberapa cara yang boleh membantu anda bangun pagi.

Tutup lampu bilik

Tutup kesemua lampu, biar anda dalam keadaan gelap. Ini boleh mambantu anda untuk tidur lebih awal.

Jauhkan gajet dari tempat tidur

Kalau dah duduk dalam bilik, tak payah nak belek telefon lagi. Off telefon dan nikmati tidur yang lena. Gajet adalah penyebab utama anda tak cukup tidur dan selalu bangun lewat

Bersenam setiap pagi

Amalkan aktiviti bersenam setiap pagi agar hidup anda kekal aktif. Tahukah anda bahawa bersenam di waktu pagi mampu memberikan anda semangat yang luar biasa sepanjang hari? Jika anda selalu rasa penat, lakukan senaman!.

Mandi awal pagi

Paksa mata untuk bangun pagi, motivasikan diri untuk rajin mandi awal pagi. Jangan mandi air panas, mandi dengan air sejuk. Pasti mata akan lebih segar.

Sentiasa berfikiran positif sebelum tidur

Jika anda inginkan tidur yang lena dan mudah untuk bangun di awal pagi, kosongkan fikiran anda dan sentiasa berfikiran positif. Walau besar mana pun masalah anda, jangan bawa masalah anda hingga ke tempat tidur.

Sumber: Hanasuva

Muat artikel

Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Info

Ke Atas