Masalah kulit berjerawat ini bukan sahaja berlaku kepada wanita, malah ramai dikalangan lelaki menghadapi masalah ini.
Ianya adalah salah satu masalah ‘terbesar’ bagi sesetengah orang, jika jerawat tumbuh sedikit sahaja itu mungkin tidak mengapa, jika sudah satu muka penuh dengan jerawat bagaimana pula? Hilang keyakinan diri dibuatnya!
Sebenarnya, selain menggunakan produk luar, anda boleh mencuba dengan kaedah semulajadi ini. Jika anda takut untuk mencuba krim muka, apa kata anda cuba cara minuman pula.
Amalkan 4 minuman ini yang boleh menghilangkan menghilangkan jerawat dalam tempoh yang sigkat.
eSa
Cuka epal
Selalunya cuka epal digunakan sebagai toner wajah, tetapi tahukah anda bahawa cuka epal berkesan untuk mengeringkan jerawat masa satu hari. Tetapi ianya bergantung kepada jenis kulit.
Jus timun
Biasanya kita gunakan timun untuk diletakkan pada mata untuk hilangkan lingkaran gelap. Selain itu, timun juga mengandungi vitamin C yang berkesan untuk menghilangkan jerawat.
Teh hijau
Tahukah anda, selain membantu dalam mengurangkan berat badan dan membuang toksin, teh hijau juga mengandungi antioksidan yang tinggi dan berkesan untuk menghilangkan jerawat di wajah.
Air lemon
Selain bertindak untuk mengurangkan masalah perut buncit, air lemon juga amat berkesan untuk menghilangkan jerawat pada muka. Dengan mengamalkan air ini setiap hari, kulit anda pasti akan menjadi lebih bersih tanpa sebarang masalah.
Jika anda takut hendak mencuba produk luar yang kebanyakkan sudah tidak selamat, anda boleh mengamalkan tips ini. Disamping boleh menguatkan ketahanan badan anda, anda juga boleh mengurangkan masalah jerawat di wajah anda!
Selamat mencuba.
Sumber: Hanasuva.com