Buah adalah makanan tambahan yang bagus untuk tubuh kita, tetapi ramai yang tidak mengetahuinya. Selain rasanya yang manis dan sedap, ia mampu memberi keseimbangan dalam pemakanan harian anda. Oleh sebab itu kita digalakkan mengambil buah sekali sehari selepas memakan makanan berat.
Buah bukan saja berfungsi dengan baik untuk tubuh badan, tetapi tahukah anda bahawa buah juga boleh memberi manfaat kepada kulit anda? Jika mahukan kulit yang cantik dan bersih, anda boleh mengamalkan memakan 11 jenis buah ini.
Blueberry
Anda mungkin pernah mengetahui khasiat buah ini, bluberry terkenal dengan sumber antioksidan yang hebat, dan kaya dengan serat dan vitamin A dan C, ia mampu memberi kesan yang hebat untuk kulit anda.
Selain itu, ia dapat meningkatkan daya tahan tubuh anda. Antioksidan berperanan untuk menguatkan imun badan.
Epal
Epal juga adalah salah satu buah yang boleh memberi manfaat untuk kulit anda, ini kerana ia mengandungi kolegen yang tinggi untuk menganjalkan kulit wajah anda. Tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak untuk mendapatkan kulit yang cantik. Cukup dengan memakan buah-buahan, anda akan mendapat kulit yang bersih dan cantik.
Tembikai
Anda pasti gemar memakan buah ini bukan? Selain rasanya yang manis dan mampu menyegarkan tekak anda. Dengan lebih daripada 90% kandungan air, makan buah lazat ini akan menghidrat kulit anda dari dalam. Ia berfungsi untuk melembabkan kulit anda.
Pisang
Pisang dikenali sebagai makanan tambahan yang boleh membantu anda dalam proses penurunan berat badan. Selain itu, pisang adalah salah satu sumber terbaik kalium, mineral yang penting dalam mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit anda. Kulit yang sangat kering adalah gejala kekurangan kalium, jadi cuba sertakan pisang sebagai sebahagian daripada pengambilan buah-buahan harian anda.
Nanas
Nanas telah digunakan dalam sesetengah budaya sebagai tumbuhan ubatan selama bertahun-tahun, kerana ia adalah satu-satunya buah yang diketahui mengandungi enzim yang dipanggil bromelain, yang melawan keradangan kulit dan pembengkakan. Jika anda mempunyai penyakit kulit, anda boleh cuba menggunakan nanas sebagai salah satu bahan perubatan.
Strawberi
Strawberi mempunyai asid ellagic yang tinggi di dalamnya, ianya mampu melawan kerosakan UV dan kedutan. Ini adalah salah satu jalan penyelesaian untuk anda yang mengalami masalah kulit berkedut.
Betik
Papaya adalah buah yang kaya dengan vitamin A dan enzim papain, yang membantu menghancurkan protein aktif dan menghilangkan sel-sel kulit mati. Oleh kerana itu, betik berupaya untuk menghilangkan masalah kulit mati pada kulit anda.
Kiwi
Pasti ramai yang gemar memakan buah kiwi bukan? Selain rasanya yang lazat, buah kiwi ini mengandungi vitamin C paling banyak, ia berupaya bertindak untuk melindungi kulit anda dari sinaran cahaya matahari.
Delima
Seperti blueberry, buah delima juga telah diberi gelar ‘superfood’. Mereka mengandungi sebatian anti-penuaan yang kuat yang membantu merangsang pertumbuhan semula sel-sel kulit.
Ceri
Ceri mengandungi kepekatan antioksidan yang lebih tinggi daripada buah-buahan lain, membantu melawan radikal bebas dan dengan itu melambatkan proses penuaan.
Kentang
Anda mempunyai masalah ketiak hitam? Ambil sepotong kentang dan gosokkannya pada ketiak anda selama kira-kira 10 minit, kemudian bilas dengan air hangat. Kentang mempunyai sifat asid ringan yang berfungsi sebagai agen pemutihan semulajadi yang hebat.
Sebenarnya jika kita tahu kelebihan-kelebihan yang ada pada bahan makanan harian kita, tidak perlu membuang duit dan mengeluarkan kos yang banyak untuk mendapatkan kulit yang sihat.
Buah-buahan dan sayur-sayuran pun mempunyai manfaat yang tinggi untuk kesihatan dalaman dan juga untuk luaran. Jika anda sudah mencuba produk-produk mahal namun tidak berkesan, anda boleh mencuba buahan-buahan ini bagi membaik pulih kulit anda.
Selamat mencuba!
Sumber: Brightside.me