Tetaplah berhubung

Sosial Trend

Wanita Usia 30 Tahun Meninggal Dunia Kerana Kunyit

Foto: Daily Mail

Hmm

Wanita Usia 30 Tahun Meninggal Dunia Kerana Kunyit

Cerita bermula dari Jade Lee yang ingin mengubati penyakitnya. Pada 10 Mac 2017 yang lalu, dia menuju ke pejabat Dr. Kim Kelly yang beralamat di 121 West E Street, Encinitas, San Diego, Amerika Syarikat.

Dr. Kim yang merupakan pakar naturopati kemudian menggunakan 250 ml cecair IV (intravena) yang mengandungi larutan kunyit untuk mengubati Jade.

Selang beberapa minit, selepas hanya 5 ml cecair saja yang masuk dalam pembuluh darah Jade, wanita berusia 30 tahun ini sudah tak sedarkan diri. Masa dibangunkan, dia sudah tidak bertindak balas.

Jade kemudian segera dikejarkan ke ICU di Scripps Memorial Hospital Encinitas untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut. Malangnya 6 hari kemudian, wanita berkenaan disahkan meninggal dunia akibat kerosakan otak.

Bagaimana dengan Dr. Kim? Benarkah kunyit mempunyai kesan negatif pada tubuh manusia?

Pihak polis mendakwa bahawa kematian Jade adalah akibat kemalangan. Selain itu hasil laporan menyatakan Jade sebelum ini sudah menderita pelbagai gangguan kesihatan seperti hipotiroidisme dan pra-diabetes. Wanita cantik ini juga mempunyai alergi terhadap protein soya, laktosa, dan gluten.

Dr. Kim yang mempunyai lesen perubatan sejak 2005 lalu, dinyatakan bebas dari tuntutan ataupun tuduhan undang-undang.

Jade memang belum pernah menjalani rawatan cecair campuran kunyit sebelumnya, namun dia telah membuat rutin minum suplemen kunyit.

Soal kunyit, ramai pakar naturopati dan juga laman-laman web yang mendakwa rempah ini memang boleh menyembuhkan pelbagai penyakit, dari kanser hingga Alzheimer yang kedua-duanya sama-sama mengerikan.

Rawatan suntikan cecair kunyit ini tadi, Jade perlu membayar wang yang banyak, di antara US $200-400 (sekitar dengan RM 800 ke RM 1,700).

Sumber: Dailymail

Muat artikel

Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Hmm

Ke Atas