Tetaplah berhubung

Sosial Trend

Tips Cara Penjagaan Seluar Jeans Levi’s

Foto: Google

Hmm

Tips Cara Penjagaan Seluar Jeans Levi’s

Seluar jeans sentiasa menjadi kegemaran ramai tidak kira peringkat umur, ini kerana sesiapa sahaja yang memakainya nampak lebih bergaya dan menarik.

Tetapi anda mesti perasan bukan? Jika anda terlalu kerap membasuhnya, warnanya akan pudar dan lusuh.

CEO Levi’s kongsikan cara untuk pastikan seluar jeans kesayangan anda sentiasa dalam keadaan baik dan tahan lama. Untuk memastikan jeans anda sentiasa nampak baru walaupun sudah kerap dipakai.

Seluar jeans sebaiknya dicuci menggunakan tangan, bukan mesin basuh

Untuk memastikan jeans sentiasa dalam keadaan baik dan tidak luntur, jangan basuh jeans anda dengan menggunakan mesin basuh. sebaiknya cuci dengan tangan.

Cuci dengan air sejuk & rendam selama 30 minit

Rendam selama 30 minit. Jangan rendam menggunakan air panas atau suam, pastikan air sejuk, ini boleh mengekalkan warna jeas anda.

Apabila menjemur, pastikan jeans tersebut diterbalikkan

Jika anda menjemur seluar jeans tanpa diterbalikkan, ianya akan pudar kerana cahaya matahari. Jadi, pastikan ketika anda menjemur jeans anda, ianya diterbalikkan. Cahaya matahari mampu melusuhkan warna pakaian.

Cuci selepas sebulan atau 10 kali penggunaan

Jangan terlalu kerap membasuh jeans anda. Untuk mengelakkan jenas anda berbau, pastikan jeans hanya dipakai pada waktu tertentu sahaja, tips ini bagi mengelakkan anda kerap membasuhnya. Pakai jeans apabila ada event atau masa yang perlu sahaja, jika anda kerap memakainya pada waktu yang tidak sesuai, mungkin ianya akan berbau dan kerap dibasuh. Ianya boleh merosakkan kain jeans dan melusuhkan warna jeans anda.

Sumber: Hanasuva.com

Muat artikel

Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Hmm

Ke Atas