Tetaplah berhubung

Status BR1M Tidak Lulus, Hashtag #BR1M Trending Di Media Sosial

Hmm

Status BR1M Tidak Lulus, Hashtag #BR1M Trending Di Media Sosial

Sejak petang semalam, netizen mula membanjiri media sosial Facebook dan Twitter dengan #BR1M apabila permohonan BR1M dilaporkan tidak lulus.

Orang ramai memuat naik status permohonan tersebut dan alasan tidak lulus “Maklumat pendapatan pemohon/pasangan/tanggungan perlu pengesahan (SSM)” dan “status perkahwinan perlu disahkan”.

Ramai yang bertanya kenapa sebelum permohonan ditutup tidak dimaklumkan lebih awal bahawa para pemohon yang mendaftar perniagaan (SSM) perlu menyediakan dokumen tersebut untuk pengesahan. Ianya telah menimbulkan perasaan marah dan hampa di kalangan pemohon yang gagal.

Ada juga yang meminta penjelasan disebalik alasan tersebut kerana sebelum ini tidak ada masalah walaupun sudah mempunyai SSM. Selain itu, ada juga permohonan yang sudah lulus namun masih tidak lagi menerima bantuan tersebut.

Bagi mereka yang permohonan tidak lulus boleh membuat rayuan bermula 3 April sehingga 31 Mei 2017. Anda boleh semak status permohonan di laman web BR1M.

Muat artikel

Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Hmm

Ke Atas