Tetaplah berhubung

Sosial Trend

Pemandu Lori Akui Ayah Kepada 54 Orang Anak

Hmm

Pemandu Lori Akui Ayah Kepada 54 Orang Anak

Bayangkan anda ada 54 orang anak? Atau anda mempunyai 54 orang adik-beradik duduk serumah? Namun, ini kisah seorang pemandu lori berusia 70 tahun yang mendakwa dia kini mempunyai 54 orang anak hasil daripada enam perkahwinannya semenjak dari usia muda dan melakukan hubungan seks hampir setiap hari.

Mengikut anggaran, penduduk Pakistan sehingga kini mempunyai seramai 194,900,000 dan juga dikatakan salah satu negara yang mempunyai kadar kelahiran yang tertinggi di Asia Selatan.

Ayah luar biasa itu dikenali sebagai Abdul Majeed Mengal berasal dari Nushki, Quetta, di barat Pakistan.

Lelaki berkenaan turut mengatakan, 12 orang telah pun meninggal dunia dari 54 orang anaknya itu dan kini yang tinggal hanyalah 22 orang anak lelakinya dan 20 orang anak perempuan.

Menurut Abdul Majeed lagi, ketika muda iaitu diawal perkahwinannya dia mempunyai kekuatan dan kesihatan yang baik sehingga mengadakan hubungan intim setiap hari.

Dia berusaha dan bekerja keras untuk memberikan pendidikan terbaik kepada anak-anak lelakinya yang lebih tua. Tetapi kini dia sudah tua dan tidak lagi mampu untuk melakukan kerja seperti satu masa dahulu.

Dia mengahwini isteri yang pertama ketika berusia 18 tahun dan sejak itu memperisterikan lima wanita lain. Dua isterinya juga telah meninggal dunia.

Seramai 12 orang itu adalah disebabkan tidak cukup susu dan dia tidak mempunyai wang malah tiada daya untuk bekerja ketika itu.

Sepanjang kehidupan Abdul Majeed, dia berkerja sebagai pemandu lori dan juga beberapa kerja lain. Kini, anak sulungnya pula, Abdul Bari Mengal, 32, turut berkerja sebagai pemandu lori bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Keluarga besar yang luar biasa ini tinggal di sebuah rumah yang mempunyai tujuh bilik dengan setiap anak-anaknya tidur berasingan bersama ibu-ibu masing-masing. Mereka adalah keluarga yang bersefahaman dan hidup penuh harmoni hasil daripada ketegasan Abdul Majeed sendiri.

Ketika waktu makan biasanya dia sekeluarga akan memakan sayur-sayuran, kacang dal dan juga nasi. Walau bagaimanapun sekiranya ada majlis-majlis tertentu atau sambutan Hari Raya, beliau membeli tiga ekor kambing untuk meraikan mereka sekeluarga.

Tentang pakaian pula, dia membeli 4 sehingga 5 gulung kain untuk dijadikan pakaian anak-anaknya secara sekaligus untuk mereka semua.

Abdul Majeed juga memaklumkan bahawa sepuluh orang daripada kesemua anak-anaknya tidak dapat meneruskan persekolahan mereka kerana dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk membiayainya.

Namun, dia tetap berkerja keras dan berusaha untuk memastikan sebahagian besar anak-anaknya untuk mendapat pendidikan yang sempurna. Anak-anaknya yang tua sedang berusaha mencari pekerjaan dan mereka juga dikatakan telah habis belajar, sehingga kini masih belum mempunyai pekerjaan.

Abdul Majed juga menyatakan kekesalannya kerana telah menyediakan pendidikan yang baik untuk anak-anaknya tetapi semua itu seolah tidak berguna kerana mereka masih belum mendapat sebarang pekerjaan dan dia berdoa agar mereka boleh bekerja.

Abdul Majeed juga dipercayai enggan memohon sebarang bantuan kewangan walaupun dirinya semakin tua dan dia berkata dia juga tidak pasti bagaimana dia boleh menguruskan kehidupan bersama anak-anaknya.

Sumber: Daily Mail

Muat artikel

Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Hmm

Ke Atas