Tetaplah berhubung

Sosial Trend

Pantang Baru 20 Hari, Suami Beri Ubat Tidur Sebab ‘Tidak Dapat Tahan’

Foto: Google

Hmm

Pantang Baru 20 Hari, Suami Beri Ubat Tidur Sebab ‘Tidak Dapat Tahan’

Berpantang bermaksud sesuatu yang dilarang dilakukan mengikut adat dan kepercayaan. Bagi wanita yang baru melahirkan anak, mereka dilarang melakukan perkara atau memakan sesuatu sehingga tamat tempoh berpantang iaitu selama 44 hari. Ada juga berpendapat bahawa tempoh berpantang paling bagus ialah selama 100 hari.

Kebanyakkan lelaki tidak sabar dalam menunggu proses berpantang ini, ada yang tidak memahami mengapa wanita selepas bersalin perlu berpantang. Bagi mereka berpantang terlalu lama ini menyiksa batin mereka, padahal berpantang ini juga adalah kebaikan untuk isteri selepas bersalin, tempoh berpantang itu sendiri adalah proses pemulihan dan emosi isteri anda. Proses rawatan semasa pantang adalah wajib dilakukan oleh setiap wanita yang baru melahirkan bayi. Ini kerana rawatan ini perlu dilakukan ekoran kebanyakan wanita mengalami pelbagai komplikasi semasa proses kelahiran bayi mereka termasuk menggunakan banyak tenaga terutama semasa menahan kesakitan, dan ketika meneran bayi keluar, urat saraf menjadi tegang dan kadang kala terasa kejang. Malah ada juga diantara ibu yang mengalami kekurangan darah kerana banyak kehilangan darah semasa bersalin.

Para suami sila jangan pentingkan diri dan nafsu anda. Kesiankan isteri anda, beri mereka rehat untuk memperbaiki dalaman mereka! Mari kita baca coretan sedih dari seorang isteri ini, baru berpantang 20 hari, luka dalaman pun belum pulih dan masih ada darah nifas! tetapi diberi ubat tidur dengan alasan sudah tidak tahan kerana ingin bersama.

***

Salam warga iih..tq admin sebab siarkan luahan hati saya..hari ni saya berpantang 20 hari..semalam adalah kejadian paling buruk ketika berpantang yang berlaku pada saya..sepanjang saya berpantang,suami saya yang selalu letakkan ubat dekat luka jahitan saya.. semalam dia ada minta nak bersama tapi saya tak nak sebab saya cakap saya masih berpantang,darah nifas belum kering and luka bahagian dalam belum baik lagi walaupun luka luar dah baik..lelaki biasa lah bila dengar jawapan macam tu terus buat muka tapi saya jenis tak layan sebab saya risau kalau saya sakit belum tentu dia peduli.

lepas tu time nak makan,dia mesti sediakan makanan saya..kita yang bf kan anak selalu haus and mesti cari air dulu sebelum makan..saya minum lah air milo panas yang dia buatkan untuk saya..dalam beberapa minit lepas tu,kepala saya pening terus saya tak sedar kan diri..tiba2 saya sedar,saya dalam bilik tanpa pakai baju and suami saya ada dekat sebelah tengah peluk saya..saya kejut suami,tanya apa yang dah jadi?dia senyum je..lepas tu dia cakap tak tahan sangat..terus saya tampar muka dia..rupanya dia bagi saya ubat tidur and dia dah meratah saya time saya tak sedar diri..hmmm..saya tak tahu nak buat apa lagi..apa yang akan terjadi dekat diri saya selepas ni sedangkan saya belum habis berpantang..tlong bagi pendapat..saya risau kalau saya sakit..saya 1 hari kurungkan diri dalam bilik..suami pujuk minta maaf saya langsung tak hiraukan..yang saya hiraukan diri saya and anak saya je buat masa sekarang..hmmm

Suami sepatutnya kena faham situasi isteri yang baru sahaja melahirkan anak anda, proses bersalin bukan mudah ya! terpaksa jahit jika ada koyak faraj berlaku, mengapa perlu tergesa-gesa minta untuk bersama? Jika perkara begini berterusan, isteri anda mungkin akan mengalami sakit meroyan kerana terlalu stress dengan tindakkan anda. Jagalah isteri dalam pantang sebaiknya.

Sumber: Kamiviral.com

Muat artikel

Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Hmm

Ke Atas