Tetaplah berhubung

Sosial Trend

Lelaki Kelantan Fasih Bahasa Korea Kahwini Gadis Korea

Foto: Facebook/Muhamad Khalid Ismail

Hmm

Lelaki Kelantan Fasih Bahasa Korea Kahwini Gadis Korea

Tidak lama dahulu, video jejaka ini pernah menjadi tular apabila muncul sebagai tetamu rancangan realiti televisyen, Abnormal Summit di Korea Selatan.

Muhamad Khalid Ismail dari Kelantan yang sekarang menetap di Seoul, Korea Selatan baru sahaja mengikat tali perkahwinan bersama wanita pilihan hatinya pada Ahad yang lalu.

Majlis akad nikah yang ringkas tetapi meriah telah diadakan Masjid Pusat Seoul dan disempurnakan oleh Imam masjid berkenaan, Syeikh Abdul Rahman Lee Juhwa.

Wanita Korea bertuah bernama Lee Seul yang dapat memikat hati Khalid itu berasal dari Suwon, Gyeonggi, Korea Selatan.

Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan Khalid di akaun Facebooknya menunjukkan majlis akad nikah tersebut dihadiri oleh kaum keluarga dan teman-teman rapat.

Foto: Facebook/Muhamad Khalid Ismail

Foto: Facebook/Muhamad Khalid Ismail

Foto: Facebook/Muhamad Khalid Ismail

Menurut Khalid, majlis resepsi pihak isterinya akan diadakan di kampung halaman isterinya yang terletak di Suwon pada 14 Oktober kelak.

Manakala majlis untuk pihak lelaki pula akan diadakan pada tahun hadapan setelah dia pulang ke Kelantan.

Kami mengucapkan tahniah kepada Khalid dan isteri atas perkahwinan ini dan semoga sentiasa dalam limpah rahmat Allah swt.

Sumber: facebook/Muhamad Khalid Ismail

Muat artikel

Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Hmm

Ke Atas