Tetaplah berhubung

Sosial Trend

Kesan Gangguan Emosi Terhadap Kandungan Isteri

Foto: Pinterest

Hmm

Kesan Gangguan Emosi Terhadap Kandungan Isteri

Para ayah semua, pastikan anda pandai memainkan peranan anda sebagai seorang ayah yang bertanggungjawab ketika isteri sedang sarat mengandung.

Jangan buat sesuatu perkara yang boleh membuatkan si ibu stress dan sedih, sebabnya ini melibatkan kedua-dua masalah kesihatan buat si ibu dan juga anak yang sedang didalam kandungan.

Gangguan emosi berkait rapat dengan pemikiran si ibu iaitu “terlalu banyak berfikir tentang masalah-masalah yang dihadapi”.

1. Keadaan fizikal yang kurang baik disebabkan keadaan kesihatan sebelum mengandung.

2. Perubahan hormon serta fisiologi badan yang menyebabkan sedikit masaalah ringan.

3. Penerimaan diri atau keluarga terhadap kandungan.

4. Situasi kehidupan termasuk pekerjaan, keadaan rumah tangga, kewangan dan lain-lain yang boleh cetuskan tekanan emosi termasuk kejutan yang berlaku secara tiba-tiba.

5. Fenomena mengandung anak sulung: Perubahan situasi hidup, dalam peringkat penyesuaian diri daripada ke rumah lain, keluarga lain, adakalanya cara masakan dan waktu makan yang berbeza.

Apapun sebabnya, keadaan emosi ibu semasa mengandung mempengaruhi kesihatannya, fisiologi badan serta emosi anak dalam kandungannya .

Cuba fikirkan keadaan bayi yang baru lahir: Ada yang banyak menangis,cepat terperanjat, takut serba serbi dan wajah nampak muram . Jika dibandingkan pula bayi yang ceria, suka senyum dan ketawa, kelihatan relaks dan selesa. Dari mana bayi kecil mendapat emosi dan perasaannya? Jika masa mengandung ibu asyik kira duit dan takut duit kurang, kebimbang tentang kewangan akan menjejaskan emosi kandungannya.

Saya pelajari perkara ini semasa saya belajar “homeopathy” dan saya seringkali merawat emosi anak melalui merawat emosi ibu.

Bukan setakat emosi ibu masa mengandung malahan emosi ibu semasa menyusukan anak pun boleh pengaruhi anak.

Dalam masa 10 tahun yang lepas, ada seorang ibu membawa anaknya yang baru dua bulan sebab anaknya tidak mahu menyusu ibunya. Saya perhatikan sendiri bayi yang tengah lapar itu menjerit menangis dan anak itu merajuk sedih. Saya bertanya pada ibu, adakah dia ( ibu)sedang merajuk? Ibu menjawab ya, dia baru bergaduh dengan suami dan amat sedih dan marah. Saya mengajar ibu teknik berlapang dada serta memberikan ubat “Homeopathy Ignatia” yang memang diberikan pada orang yang kecewa dan sedih oleh perbuatan orang yang dia sayang. Anak dan ibu mendapat penawar yang sama. Depan mata saya anak itu terus sahaja mahu menyusu dan sudah tidak lagi menangis dengan tangisan sayunya.

Pada pesakit yang lain, seorang bayi berumur tiga bulan yang batuk sejak dari dalam hari

( neonatal period) sudah ke hospital untuk dapatkan rawatan. Memang saya akan tanya sejarah ibu mengandung bagi setiap bayi yang saya rawat. Maka, kali ini ibunya ceritakan bagaimana dia ditipu oleh seorang penjual dan kerugian RM 5000 ringgit semasa mengandung 6 bulan. Kejadian itu amat mengecewakannya. “Bryonia” (sejenis tumbuhan) adalah ubat untuk seseorang yang kecewa disebabkan perniagaan yang merugikan dan “Bryonia” juga amat baik untuk jenis batuk yang tidak berkahak. Maka selepas pengambilan “Bryonia” boleh menyembuhkan batuk anak-anak yang seringkali batuk-batuk yang berterusan.

Banyak lagi kisah stress ibu yang dialami oleh anak. Yang paling ringan anak hanya sedih dan murung tetapi ini boleh menjadi peribadi anak .tetapi ada beberapa kes anak autistik dimana ibunya mengalami stress yang besar semasa mengandung.

Salah satu kes, ibunya sedang membuat tesis Phd dan kes yang yang lain, ibunya duduk rumah mertua semasa mengandiung anak sulung sementara suaminya tidak ada sebab bekerja luar negara. Yang dia lapurkan, mertuanya amat cerewet dan kritikal serta pandang rendah padanya.

Pendek kata, ibu yang mengandung perlu faham bahawa dia perlu berlapang dada, bersikap syukur redha dan pasrah semasa mengandung. Sentiasa fikirkan perkara yang baik dan sentiasa mohon doa dan bermunajat, beristighfar dan selawat semasa mengandung. Bersangka baik dengan orang lain, ketepikan syak dan prasangka serta perasaan dengki, dendam dan jealous.

Orang yang berada sekeliling juga mempengaruhi ibu yang mengandung terutama suami, ibu ayah serta mertua dan adik beradik perlu menjaga hati orang yang mengandung, sering diingatkan bahawa dia “sedang mengandung” apabila dia beremosi negatif. Begitu juga majikan dan rakan sekerja pada orang mengandung perlu lebih bertimbang rasa terhadap ibu mengandung, tidak timbul istilah manja bila diberi muka. Anak yang dikandung merupakan harapan manusia generasi akan datang.

Disini nampak remeh tapi berat, tanggungjawab orang lain terhadap ibu mengandung merupakan faktor penting dalam pembentukan masyarakat. Jangan sesekali meremehkan ibu mengandung jika tidak mahu perkara yang buruk akan terjadi.

Akhir kata, “Menjaga ibu mengandung seperti menatang air yang penuh” Jangan sampai “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.”

Sumber: Mingguan Wanita

Muat artikel

Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Hmm

Ke Atas