Trend masa kini sering berubah mengikut aliran masa. Banyak trend yang dapat diterima akal, tapi semakin maju semakin merepek pula trend yang muncul.
Kebelakangan ini turut menjadi ikutan tren memindik lesung pipit palsu yang menjadi obsesi para wanita untuk kelihatan cantik dan mendapat sokongan walaupun perkara tersebut menyakitkan. Bagi segelintir wanita biar sakit asalkan kelihatan cantik.
Bila disebutkan pasal bulu, mesti secara logiknya kita terfikir tentang bulu mata, dan bulu yang terdapat di tubuh badan kita. Lebih-lebih lagi jika ada bulu di muka.
Terkini telah mempunyai trend yang agak unik dan pelik jika difikir akal. Trend yang menjadi kegilaan ramai wanita sekarang lagi-lagi di luar negara iaitu Extention bulu hidung.
Apabila ingin kelihatan cantik, menurut sumber lagi bila kepanjangan bulu hidung tersebut makin panjang semakinlah nampak menawan. Pada awalnya, trend bulu hidung ini hanya mengunakan bulu mata palsu dan diekatkan di kawasan lubang hidung.
Trend ini bermula dari seorang gadis jepun yang dikenali sebagai Gretchen Chen yang memuat naik gambar tersebut di laman sosial dan tidak menyangka perbuatan tersebut telah menjadi viral yang menjadi ikutan gadis-gadis di luar sana.
Semakin pelik ikutan masa kini, nasib baiklah di Malaysia belum ada yang berani memperagakan trend sedemikian. Kalau ada pun, mesti akan kena kecam tujuh keturunan. Perkara tersebut tak payahlah di ikut, sebab ia hanya boleh mendatangkan malu pada si empunya badan.
Sumber: Hanasuva