Tetaplah berhubung

Sosial Trend

Didik Anak Agar Tidak Menjadi ‘Raja’ Bila Dewasa

Foto: Facebook

Hmm

Didik Anak Agar Tidak Menjadi ‘Raja’ Bila Dewasa

Ada ibubapa yang betul-betul sayangkan anak sampai tak sedar dah buat anak dia jadi ‘Raja’. Disuruh itu, ada alasan, disuruh ini ada alasan.

Pantang disuruh kerja, macam-macam jenis alasan keluar. Ibubapa sampai satu tahap kadang-kadang nampak macam ‘hamba’ kepada anak-anak.

Didik anak menjadi “Hamba”.

Acap kali kita terlihat. Si ibu bersusah payah mengemas rumah, mengemas bilik, menyapu sampah, mengemop lantai, membasuh baju, memasak, basuh pinggan dan macam-macam lagi.

Sedangkan si anak dara bersenang-lenang di depan tv, menghadap laptop, dan bermain smartphone.
Bila disuruh tolong merungut, tak reti, malas dan ada yang buat cincai-cincai sebab terpaksa.
Tak kurang juga anak lelakinya, mana mahu nak buat kerja-kerja perempuan?

Budaya anak menjadi raja semakin berleluasa sekarang. Sebab apa?. Sebab mereka tidak dididik menjadi “hamba” sejak dari kecil.

Mereka tidak diajar untuk mengerti kesusahan dan kepayahan ibu bapa mereka,
Mereka tidak diajar untuk memamahami bagaimana keadaannya bila ditempat ibu bapa mereka

Alasannya?

“Kesian anak tu kecik lagi..”
“Tengok Timah tu, nak dera anak ke apa?”
“Ish, janganlah bagi budak tu buat, dah jadi macam orang gaji je..”
Jika beginilah alasannya, bersiap sedialah untuk menjadi “hamba” anak sampai ke tua.

Dah kahwin beranak pinak pun bila balik kampung masih nak menyusahkan ibubapa.

Ini terjadi dalam dunia masa kini. Baju laki bini anak beranak mak basuh. Makan laki bini anak beranak mak masak. Anak yang tidak dididik dengan kesusahan kerja sedar kecil, mereka akan kekok untuk melakukannya bila meningkat dewasa dan mereka akan buat secara terpaksa. Mereka akan buat hanya bila disuruh kerana tiada kesedaran dalam diri mereka dan yang akan menjadi hambanya ialah ibubapa mereka. Sementara si anak sedap menggoyang kaki. Sedari umur anak 2 tahun, pupuklah mereka perlahan-lahan sesuai dengan usianya. Bila besar mereka akan mampu berdikari.

Usah terlalu kasihankan anak, jangan terlalu memanjakan anak, ajar mereka erti susah payah sejak kecil, ajar mereka tentang kerja rumah, ajar mereka erti kehidupan dan pupuk kesedaran dalam diri mereka. Bagi perempuan pula, didik mereka kerja-kerja mengemas, memasak, mencuci rumah dan segala macam kerja rumah. Didik mereka tentang pentingnya kebersihan. Yang lelaki, ajar mereka buat kerja seperti mencuci kereta, mengangkat barang. Ajar mereka kerja-kerja perempuan, tak salah tu,malah lebih baik.

Biarkan orang nak kata kita buat anak macam orang gaji atau hamba Abaikan mulut-mulut puaka mereka-mereka yang hanya tahu mengata sedangkan mereka tidak berada di tempat kita. Sementara anak masih kecil, didiklah anak menjadi hamba. Agar besar nanti dia tidak menjadi raja.

Sumber: facebook/Ibu Bapa Prihatin

Muat artikel

Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Hmm

Ke Atas