Table of Contents
Berikan diri anda beberapa hari untuk menjelajahi tempat menarik di Pulau Pangkor. Walaupun salah satu yang terkecil, Pulau Pangkor tetap menarik bagi penyelam.
Pulau Pangkor dimana? Pulau Pangkor terletak di negeri Perak, dan merupakan destinasi pelancongan yang popular. Sekiranya anda berkunjung ke Perak, anda boleh memilih sama ada untuk bercuti di Pulau Pangkor, Ipoh atau Taiping.
Selain daripada aktiviti di Pulau Pangkor seperti berjemur dan mandi pantai laut, pengunjung boleh berenang, snorkeling, selam skuba, menikmati permandangan pantai dan banyak lagi.
Menurut Wikipedia, sejarah Pulau Pangkor bermula pada tahun 1670. Pada mulanya, Belanda menggunakan pulau ini sebagai tempat memunggah bijih timah dari Perak
Pada tahun 1874, Gabenor Negeri-Negeri Selat datang ke Pulau Pangkor untuk menandatangani Perjanjian Pangkor dan mengiktiraf Sultan Abdullah sebagai Sultan Perak.
Cara Ke Pulau Pangkor
Satu-satunya laluan ke Pulau Pangkor adalah melalui Kompleks Jeti Pulau Marina di Lumut, Perak, diikuti dengan pelayaran feri atau bot ke jeti Pulau Pangkor.
Harga tiket feri Pulau Pangkor hanya RM10 untuk dewasa dan kanak-kanak pula RM5. Perjalanan feri ke Pulau Pangkor dari Terminal Jeti Pulau Marina hanya mengambil 10-15 minit.
Setibanya di Pulau Pangkor, anda boleh sewa kereta pangkor (warna merah jambu).
Tempat Menarik Di Pulau Pangkor
Pulau Pangkor menawarkan pelbagai pakej percutian dan jenis pelancongan yang menarik. Ini adalah destinasi unik di antara pulau-pulau Malaysia.
Ia adalah pulau peranginan di pantai barat Semenanjung Malaysia yang mempunyai banyak pantai laut indah dengan laut biru jernih dan pasir putih yang tiada tandingan.
Pantai Teluk Nipah
1 Snorkeling di Pulau Pangkor
Alamat: Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor, Perak
Hubungi: N/A
Teluk pasir putih yang panjang di pantai barat Pangkor ini adalah salah satu tempat menarik di Pulau Pangkor.
Selain mengambil gambar pemandangan laut yang cantik, anda juga boleh berkelah atau berkhemah bersama pasangan.
Tempat menarik di Pangkor ini terkenal dengan pemandangan pantai yang landai. Teluk Nipah juga menyediakan kemudahan awam dan tempat penginapan yang selesa.
Berbeza daripada Pantai Pasir Bogak, tempat menarik di Pangkor ini terdapat banyak gerai jualan dan suasananya lebih meriah.
Pulau Mentangor Pangkor
2 Aktiviti sukan air di Pangkor
Alamat: Pulau Mentagor, Pulau Pangkor, Perak
Hubungi: N/A
Pulau Giam dan Pulau Mentangor adalah dua pulau kecil berdekatan yang tidak jauh dari pantai Teluk Nipah.
Terkenal dengan keindahan pantai, laut biru dan tempat snorkeling yang menakjubkan dengan hidupan marin.
Di samping itu, pengunjung boleh berkayak dan berdayung. Jika anda mahu menjimatkan masa dan wang, ada pakej island hopping yang ditawarkan oleh beberapa penyedia pelancongan.
Dengan pakej ini, anda boleh mengembara di sekitar beberapa pulau menarik sekaligus.
Pulau Sembilan Pangkor
3 Aktiviti malam di Pulau Pangkor
Alamat: Pulau Sembilan, Pulau Pangkor, Perak
Hubungi: N/A
Pulau Sembilan terkenal dengan fenomena unik di Pulau Pangkor yang menakjubkan – cahaya biru atau dikenali sebagai Blue Tear. Ia adalah gugusan sembilan pulau tidak berpenghuni yang menawarkan aktiviti menyelam.
White Rock ialah tempat menyelam yang paling popular tapi disarankan ambil langkah berjaga-jaga kerana kadangkala arus agak kuat.
Anda akan dapat menjumpai hidupan marin yang menarik seperti karang keras, ikan jack, hump head wrasses, parrotfish dan barracudas ketika menyelam di sini.
Pantai-pantai di sekitar kawasan ini secara semulajadi memancarkan cahaya biru pada waktu malam. Tapi aktiviti menyelam di Pulau Sembilan ini hanya terbuka dari November hingga Mac.
Jadi lebih baik menempah pengembaraan menyelam anda daripada pengendali yang mahir dan melihat jadual air pasang surut lumut.
Pantai Pasir Bogak Pangkor
4 Pantai menarik di Pangkor
Alamat: Pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor, Perak
Hubungi: N/A
Pantai Pasir Bagok terletak di pantai barat daya Pulau Pangkor. Pantai laut ini adalah salah satu destinasi popular Pulau Pangkor dengan hamparan pasir putih yang indah sepanjang 1.5 kilometer.
Permandangan pantai juga tenang sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin berehat, healing dan menikmati bayu laut.
Selain itu, pantai cantik ini berbentuk bulan sabit dengan pokok kelapa. Kerana air cetek dan ombak yang perlahan, ia tempat yang selamat untuk kanak-kanak bermain di dalam air.
Di sini, anda boleh mengambil gambar lautan, snorkeling, luncur angin, memancing, belayar, jet ski dan banyak lagi.
Jadi, Pantai Pasir Bagok adalah destinasi yang hebat untuk aktiviti di Pulau Pangkor semasa Pangkor trip!
Pantai Teluk Segadas
5 Tarikan lain di Pulau Pangkor
Alamat: Pantai Teluk Segadas, Pulau Pangkor, Perak
Hubungi: N/A
Kerana lokasinya yang agak tersorok, Teluk Segadas jarang dikunjungi oleh pelancong berbanding tempat menarik lain di Pangkor.
Kalau anda ingin tempat privasi dan menikmati aktiviti luar termasuk berkhemah dan hiking, datanglah ke sini.
Cara terbaik untuk ke teluk ini adalah dengan sewa kereta pangkor dari jeti Pulau Pangkor ke Kampung Gedung. Dari situ, pengunjung boleh jungle trekking selama 15 hingga 20 minit untuk sampai ke teluk ini.
Tapi perlu diingat kemudahan di kawasan Teluk Segadas agak terhad, jadi prepare betul-betul sebelum datang!
Marina Island
6 Pulau bertentangan dengan Pulau Pangkor
Alamat: Marina Island Pangkor, 32200 Lumut
Hubungi: N/A
Marina Island juga dikenali sebagai Pulau Marina, merupakan pulau buatan manusia pertama di Malaysia.Â
Pulau di Perak seluas hampir 320 ekar ini menawarkan pelbagai fasiliti dan tarikan yang ideal sebagai destinasi percutian menarik untuk seisi keluarga.
Anda boleh bermalam dengan selesa di Marina Island Pangkor Resort & Hotel. Terdapat juga restoran, dewan konvensyen, unit kediaman, kolam memancing, dan Frenzy Waterpark.
Dari Kompleks Jeti Marina, pengunjung boleh menaiki feri yang membawa anda ke Pulau Pangkor dalam masa hanya 10 minit sahaja.
Galeri Panorama Pangkor
7 Muzium di Pulau Pangkor
Alamat: 178, Jalan Besar, 32300 Pulau Pangkor, Perak
Hubungi: 011-2770 3304
Terletak di tengah Pekan Pangkor, galeri mini ini menyimpan pelbagai khazanah dan sejarah Pulau Pangkor seawal era zaman Kerajaan Gangga Negara.
Antaranya tembikar, kerja tangan, matawang, pakaian, senjata, dokumen berkaitan sejarah awal pulau ini, dan banyak lagi.
Selain itu, tempat menarik percuma di Pangkor ini turut menempatkan salinan Perjanjian Pangkor 1874. Jangan lupa ke bahagian belakang Galeri untuk port gambar yang menarik!
Masjid Al Khairiah @ Masjid Seribu Doa
8 Masjid unik di Pulau Pangkor
Alamat: Masjid Al-Khairiah, Sungai Pinang Kecil, 32300 Pulau Pangkor, Perak, Malaysia.
Hubungi: N/A
Masjid Seribu Doa / Masjid Al-Khariah atau Masjid Sungai Pinang Kecil ini merupakan sebuah masjid yang unik di Pulau Pangkor.Â
Dibina di kawasan di mana majoriti penduduknya bukan muslim. Apa yang menarik, bahagian hadapan dan juga luaran masjid ini dihiasi dengan gabungan elemen seni Islamik dan rekaan oriental Cina.
Masjid berwarna merah-putih dan berbumbung hijau ini seperti rumah Cina klasik. Pintu masuknya pula gerbang berbentuk bulatan.
Selain itu, dinding dalam masjid Pangkor ini dihiasi ayat-ayat suci Al-Quran, karpet hijau, dan lampu chandelier hijau. Satu tempat wajib dikunjungi di Pangkor!
Sun Duty Free
9 Tempat membeli-belah di Pangkor
Alamat: K8, Jalan Besar, 32300 Pangkor, Perak, Malaysia
Tel: +6018-279 4526
Selain Laris Duty Free Pangkor, Pangkor Special Corner Duty Free dan SP Duty Free Pangkor, pengunjung juga boleh berbelanja di Sun Duty Free.
Jika anda suka coklat, datanglah ke sini! Harganya lebih murah berbanding kedai lain di sekitar. Terdapat pelbagai pilihan coklat Pangkor, minyak wangi dan peralatan dapur seperti Tefal.
Kedai ini juga hanya berjarak beberapa langkah dari kedai-kedai sebelah.
Batu Bersurat Pangkor
10 Sejarah batu bersurat Pulau Pangkor
Alamat: Batu Bersurat Pulau Pangkor, Pulau Pangkor, Perak
Hubungi: N/A
Batu Bersurat Pulau Pangkor adalah sebuah batu besar yang ada di Kampung Teluk Gedung. Pada batu bersurat itu tertera tulisan dan lakaran di atasnya.
Batu Bersurat juga dikenali sebagai ‘Sacred Rock’ atau ‘Tiger Rock’ kerana terdapat lakaran seekor harimau dipercayai menyerang seorang budak lelaki pada batu itu.
Penduduk tempatan percaya batu itu seakan hidup kerana kelihatan kecil pada mulanya, tetapi lama-kelamaan batu itu menjadi besar.
Dutch Fort (Pulau Pangkor Kota Belanda)
11 Tapak bersejarah di Pulau Pangkor
Alamat: Dutch Fort, Pulau Pangkor Perak
Hubungi: N/A
Pekan Belanda ini terletak di Teluk Gedung, Pulau Pangkor. Ia merupakan kubu kolonial Belanda yang bersejarah yang digunakan semula sebagai gudang penyimpanan bijih timah di negeri Perak.
Semasa jalan-jalan Pangkor di sini, anda boleh melihat beberapa daripada lima buah rumah tradisional Perak yang dibina oleh kerajaan negeri Perak dari dekat.
Malah, kubu itu dibina sejak 1670, menjadikannya salah satu kubu tertua di negara ini. Kini, ia kelihatan seperti dibina daripada lego dengan batu bata yang usang dan runtuh ke tanah.
Sejarah kubu itu diterangkan pada papan maklumat dan memberikan gambaran tentang 183 tahun kehadiran penjajah Belanda di Malaysia.
Masjid Al-Badr 1000 Selawat
12 Masjid Terapung Pulau Pangkor
Alamat: Masjid Al-Badr @ Masjid Seribu Selawat, Pulau Pangkor Perak
Hubungi: N/A
Masjid Seribu Selawat yang juga dikenali sebagai Masjid Al Badr atau Masjid Terapung oleh penduduk kampung Pulau Pangkor, Perak.
Dikenali Masjid Seribu Selawat oleh penduduk setempat kerana dindingnya dipenuhi ukiran ayat-ayat suci al-Quran dan 1000 kaligrafi selawat.
Terletak di Kampung Teluk Gedong dan masjid terapung pertama di Perak. Masjid Seribu Selawat ini amat cantik kerana seni bina dan kubahnya dipengaruhi oleh masjid di Turki dan Timur Tengah.
Hiasan dalaman masjid mencerminkan jati diri negeri Perak kerana terdapat ukiran bunga yang diilhamkan dari bunga tekat.
Tokong Fu Lin Kung
13 Tempat menarik untuk bergambar di Pulau Pangkor
Alamat: Tokong Fu Lin Kung, Pulau Pangkor Perak
Hubungi: N/A
Seni dan reka bentuk Kuil Fu Lin Kong menjadikannya salah satu tempat menarik di Pulau Pangkor. Landskap kuil penuh dengan peluang bergambar yang menampilkan taman oriental dan seni bina mini.
Menariknya, berhampiran kuil utama, anda akan menemui Tembok Besar Mini yang menyerupai Tembok Besar China. Berjalan di sekitar kawasan ini memberi gambaran bahawa anda berada di China.
Kilang Satay Ikan Pulau Pangkor
14 Kilang makanan laut kering Pangkor
Alamat: Sungai Pinang Kecil, 32300 Pangkor Island, Perak
Hubungi: 05-688 2333
Adakah anda mencari makanan laut kering? Datanglah ke Kilang Hai Seng Hin, yang juga dikenali sebagai Kilang Sate Ikan.
Pelbagai makanan laut, termasuk ikan, sotong dan makanan laut lain, dijual berdekatan.
Terdapat sebilangan pengunjung yang datang ke sini semata-mata untuk tujuan membeli hasil laut tempatan termasuklah membeli surimi (pes ikan), obor-obor masin dan ikan bilis Pangkor.
Senarai Resort/Homestay/Hotel Di Pulau Pangkor
Dari segi penginapan, terdapat pelbagai pilihan hotel, resort, dan chalet bergantung pada bajet dan pakej percutian Pulau Pangkor.
Sebelum mengatur percutian di Pulau Pangkor, adalah lebih baik untuk anda menempah penginapan di Pulau Pangkor terlebih dahulu.
Sea Villa Pangkor Laut Resort
15 Pangkor homestay with swimming pool/private pool
Alamat: Pangkor Laut Resort, Island Pangkor Laut, 32200 Lumut, Perak
Hubungi: 05-699 1100
Bercuti di Pulau Pangkor menjadi lebih menarik dengan Pakej Pulau Pangkor 3 Hari 2 Malam. Antaranya bermalam di Pangkor Laut Resort, salah satu resort terbaik di Malaysia.
Resort mewah ini terletak di pulau persendirian berhampiran Pulau Pangkor. Nikmati mandian, kolam renang dan pantai di pulau peribadi yang mengagumkan ini.
Anda boleh memilih Vila Hill View atau Vila Laut untuk penginapan yang unik. Juga jangan lepaskan peluang menyertai lawatan hutan pagi bersama naturalis tempatan, Uncle Yip.
Daftar masuk di Pangkor Laut Resort selepas tiba di jeti Marina Island Pangkor, di mana bot laju akan membawa anda ke pulau persendirian tersebut. Tempat sesuai untuk honeymoon atau percutian di Pulau Pangkor.
Kadar purata semalam: RM 989
Review:
“Pergi ke sana, menginap semalam untuk perkahwinan pantai kawan baik saya. Suka keseluruhan set untuk perkahwinan. Bagi keseluruhan resort, ia sememangnya tempat yang sangat bagus untuk berehat dan penyembuhan..”
Pangkor Sandy Beach Resort
16 Pangkor bay view beach resort
Alamat: Lot 30, Jalan Pasir Bogak, 32300 Pulau Pangkor, Perak
Hubungi: 05-685 3027
Resort tepi pantai bertaraf tiga bintang ini terletak di Pantai Pasir Bogak, hanya beberapa minit dari jeti utama Pulau Pangkor.
Dengan harga penginapan yang berpatutan, resort ini mempunyai enam jenis bilik dan chalet cantik dengan pintu masuk peribadi.
Pangkor Sandy Beach Resort juga menawarkan pelbagai aktiviti pulau seperti jet ski, snorkeling, jungle trekking, berjalan di pantai dan banyak lagi.
Selain itu, dilengkapi kemudahan spa, swimming pool, land and sea sport, dan lain-lain. Resort ini juga mempunyai restoran yang menghadap laut yang sesuai untuk melihat matahari terbenam yang cantik.
Kadar purata semalam: RM 265
Review:
“Sebuah oasis kecil di pulau Pangkor yang indah. Kami tinggal di sini selama 3 hari 2 malam dan memilih pakej semua termasuk dengan sarapan pagi makan tengah hari dan makan malam termasuk. Hotel kecil ini adalah tempat yang sangat bagus, hanya 50 meter dari pantai…”
AVI Pangkor Beach Resort
17 Resort di Pulau Pangkor
Alamat: PT1130, Jalan Pasir Bogak, 32300 Pulau Pangkor, Perak
Hubungi: 03-2262 0288
AVI Pangkor Beach Resort menawarkan penginapan pulau yang selesa hanya beberapa langkah dari Pantai Pasir Bogak. Resort moden ini mempunyai hiasan berinspirasikan nautika.
Terdapat juga restoran terbaik dengan pilihan makanan tempatan dan antarabangsa serta pemandangan kolam renang dan hutan hujan.
Setiap bilik mempunyai balkoni peribadi, TV skrin rata, peti sejuk mini dan peralatan membuat teh dan kopi.
Penginapan yang selesa dan dilengkapi dengan latar belakang pemandangan Selat Melaka yang menakjubkan!
Kadar purata semalam: RM 289
Review:
“Tempat mesra kanak-kanak dan keluarga. Bilik luas dengan pemandangan laut yang cantik. Kakitangan yang sopan & kolam renang yang bagus..”
Anjungan Beach Resort & Spa
18 Resort mesra keluarga di Pulau Pangkor
Alamat: 6610 Teluk Nipah, 32300 Pulau Pangkor
Hubungi: 05-685 1500
Anjungan Beach Resort, terletak di antara Teluk Nipah dan Coral Beach. Resort ini menawarkan penginapan yang menarik di Pulau Pangkor.
Resort bertaraf 3 bintang yang besar ini bermandikan suasana tropika yang indah dan berada dalam jarak 5 minit berjalan kaki dari pantai.
Bilik-bilik mewah yang selesa dengan harga berpatutan, menampilkan perabot rotan dan buaian untuk tidur sebentar pada sebelah petang.
Hotel Pulau Pangkor ini mempunyai kolam renang luaran besar yang cantik berbentuk bot, serta onsite restaurant dan spa, menjadikannya ideal untuk Pangkor trip keluarga.
Kadar purata semalam: RM 247
Review:
“Resort yang bagus dan selesa untuk didiami. Sangat seronok dengan keluarga saya. Sarapan sangat bagus. Kakitangan mesra..”
Puteri Bayu Resort Pangkor
19 Pulau Pangkor chalet tepi pantai
Alamat: Pantai Pasir Bogak, 32300 Pulau Pangkor, Perak
Hubungi: 05-685 1929
Pusat peranginan pantai yang dulunya dikenali sebagai Sri Bayu, kini menjadi lokasi percutian di Pangkor yang hebat. Resort ini terletak berdekatan AVI Pangkor Beach Resort.
Resort pantai ini menawarkan tiga jenis vila peribadi sesuai untuk keluarga besar atau mereka yang ingin privasi.
Terdapat juga tiga bilik hotel yang berdekatan dengan kolam renang serta dilengkapi taman, kerusi berjemur dan kemudahan lain.
Hotel berhadapan pantai Pasir Bogak ini menawarkan penginapan moden dan chalet pantai yang besar dalam suasana tropika. Sesuai untuk berbulan madu, seminar atau percutian keluarga.
Kadar purata semalam: RM 182
Review:
“Lokasi yang indah, betul-betul di pantai! Chalet yang bagus dan katil yang selesa dengan penyaman udara. Terdapat kolam besar…”
Vagary Pangkor
20 Chalet di Pulau Pangkor yang best
Alamat: 4464, Teluk Nipah, 32300 Pulau Pangkor, Perak
Hubungi: 056853878
Jika anda sedang mencari penginapan pantai dengan harga yang berpatutan, Vagary Pangkor ialah tempat yang bagus untuk menginap selama satu atau dua malam semasa Pangkor trip anda.
Majoriti penginapan berharga berpatutan, bermula kurang daripada RM 200 semalam dan termasuk katil yang selesa dan bilik berhawa dingin.
Oleh kerana tempat peranginan ini sangat dekat dengan lautan, anda boleh bersiar-siar di sepanjang pantai pada bila-bila masa siang atau malam.Â
Kadar purata semalam: N/A
Review:
“Hotel terbaik di pangkor. Banyak akses berdekatan suka jalan kaki ke pantai, tempat makan2, pakej snorkelling/island hopping. Saya suka hotel ini. Akan datang lagi.…”
Tatami D’Tepi Laut Villa
21 Villa di Pulau Pangkor
Alamat: 50 & 51, Persiaran Alam Impian 3, 32300 Pulau Pangkor, Perak
Hubungi: 0138881660
Dengan susunan katil gaya Jepun dan shoji (pintu dan tingkap sekatan yang dibina daripada bingkai kayu kekisi dan ditutup dengan kertas putih yang kuat dan lut sinar), vila ini memberikan anda rasa seperti berada di Jepun.
Tatami @ D’Tepi Laut Pulau Pangkor ialah hotel Pulau Pangkor gaya kontemporari dengan lapan bilik gaya Jepun berbeza yang sesuai untuk keluarga dan parti besar.
Selain itu, penginapan ini terletak berhampiran dengan Pantai Pasir Bogak dan AVI Pangkor Beach Resort.
Kadar purata semalam: RM 151
Review:
“Tempat ini sesuai untuk perjalanan bajet! Ini adalah rumah teres yang ditukar kepada hotel. Bilik itu selesa dan bersih. Apabila kami tiba bilik kami bagus dan sejuk dan siap. Persekitarannya sangat menenangkan dan mereka mempunyai bangku yang bagus di luar yang dikelilingi dengan tumbuh-tumbuhan untuk duduk dan berehat…”
Hotel Nelayan Pulau Pangkor
22 Hotel di Pulau Pangkor
Alamat: 21a, Jalan Pasir Bogak, 32300 Pulau Pangkor, Perak
Hubungi: 056851978
Adakah hotel lain di Pangkor terlalu mahal? Pengembara dengan bajet yang terhad mungkin ingin mempertimbangkan untuk menginap di Hotel Nelayan.
Hotel murah Pulau Pangkor serendah RM200 ini sesuai untuk individu yang mencari tempat penginapan untuk bermalam di Pangkor tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak.
Hotel Pangkor ini menawarkan bilik-bilik moden yang selesa pada kos yang berpatutan, serta akses mudah ke restoran dan membeli-belah dalam beberapa minit dari hotel.
Kadar purata semalam: RM 90
Review:
“Hotel yang bagus, bilik yang bagus. Air panas dan kakitangan yang mesra. Lebih kurang 15 minit berjalan kaki dari jeti utama . Tetapi terdapat kedai dan restoran berhampiran…”