Table of Contents
Cameron Highland merupakan tempat menarik di Pahang dan destinasi pelancongan yang popular bagi rakyat Malaysia pada musim cuti sekolah.
Ini adalah salah satu lokasi terbaik untuk bercuti sambil mencipta memori bersama orang tersayang.
Antara keistimewaan Cameron Highland ialah lokasinya di tanah tinggi, pemandangannya menarik, udaranya nyaman dan suhunya sejuk.
Baca: 15 Hotel Terbaik Cameron Highland 2024 (Bajet Rendah ke Mewah)
Waktu terbaik untuk melawat Cameron Highlands ialah pada waktu bukan cuti sekolah kerana keadaan kurang sesak dan tidak perlu beratur panjang.
Semak peta lokasi menarik di Cameron Highland dan rancang perjalanan anda dengan sebaiknya.
Jika anda ingin bermalam di Cameron Highlands, Brinchang dan Tanah Rata adalah dua tempat penginapan yang bagus.
Senarai Tempat-tempat Menarik Di Cameron Highlands
Cameron Highlands merupakan destinasi pelancongan paling popular di Pahang yang menarik pengunjung dari seluruh Semenanjung Malaysia.
Terdapat banyak tarikan menarik untuk diterokai di tanah tinggi Cameron termasuk pemandangan lavender dan menghijau yang membuatkan anda melupakan segala penat bekerja.
Hobbitoon Cameron Highland
1 Tempat baru di Cameron Highland
Alamat: Hobbitoon, Cameron Highlands, A181, 31300 Simpang Pulai, Perak
Tel: N/A
Dibuka pada awal Januari 2024, tarikan baharu di Cameron Highland ini mempunyai banyak port cantik untuk ootd dan bergambar.
Terletak kira-kira 21km dari Cameron Highlands dan pengunjung perlu memandu selama 35 minit dari Simpang Pulau.
Apa yang menarik, terdapat rumah hobbit dan suasana sekitarnya yang berkabus membuatkan anda seperti tersesat dalam dunia fantasi The Hobbit karya J.R.R Tolkien yang ikonik.Â
Lepas penat bergambar, bolehlah makan dengan relax di kafe bersebelahan kolam yang menyajikan menu unik atau singgah kedai aiskrim.
Sedikit nasihat, bawa topi / payung/ kipas mudah alih dan pakai kasut yang sesuai kerana keadaan di tempat menarik Cameron Highland ini agak berbukit.
Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 6 petang)
Cameron Adventurous ATV & Safari
2 Aktiviti di Cameron Highland
Alamat: 49th miles, cameron Adventures, 39010 Tanah Rata, Pahang
Tel: 013-534 2002
Bagi peminat aktiviti lasak, bawa keluarga atau sekumpulan rakan menyertai aktiviti menaiki atv di Cameron Highland.
Anda akan dibawa melalui ladang teh yang luas dan jalan berbukit yang sedikit mencabar.
Lihatlah pemandangan penuh kehijauan yang membantu mengurangkan stress sepanjang perjalanan.
Selain itu, anda berpeluang bermain buaian dan masuk ke kawasan mini zoo safari.
Namun, aktiviti ini hanya untuk mereka yang berumur 16 tahun ke atas sahaja.
EQ Strawberry Farm
3 Strawberry farm Cameron Highland
Alamat: Jalan Kuari, Brinchang, 39100 Brinchang
Tel: 013-524 7225
Terletak di Kea Farm di Brinchang, ladang strawberry ini boleh ditemui selepas beberapa minit berjalan kaki dari Copthorne Hotel.Â
Tempat menarik percuma yang kurang sesak dengan orang ramai dan petik sendiri strawberry yang juicy dan manis.
Aktiviti santai yang bagus dan harus disertakan dalam perjalanan anda bersama keluarga di Cameron Highlands.
Sebelum pulang, jangan lupa mencuba aiskrim, coklat dan jem strawberry tanpa gula yang sedap di makan dengan roti bakar.
Robinson Falls
4 Air terjun Cameron Highland
Alamat: Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang
Tel: 013-267 9357
Perjalanan ke air terjun agak mencabar dan boleh sesat jika baru mula datang sini.
Ini kerana laluannya agak tersembunyi dan perlukan penunjuk arah dari mereka yang berpengalaman untuk sampai ke sana.
Jangan lupa bawa penghalau serangga, pakai kasut hiking yang sesuai dan bawa air minuman.
Elakkan masuk ke dalam air kerana arusnya sangat kuat mengikut pengunjung yang pernah datang.
Dari jauh, pengunjung dapat melihat air terjun yang cantik!
Cactus Valley
5 Tempat menarik di Brinchang
Alamat: Cactus Valley, Pekan lama, 39100 Brinchang, Pahang
Tel: 05-491 5640
Terletak di tengah-tengah keindahan semula jadi Cameron Highlands, Cactus Valley merupakan destinasi pelancongan yang ideal bagi peminat kaktus.
Jika ikut jalan besar, pengunjung perlu belok kiri sejurus selepas Hotel Star Regency dan ikut jalan sehingga jumpa papan tanda Cactus Valley.
Menghadap ke pusat bandar Brinchang, tempat menarik ini menampilkan pelbagai jenis kaktus, tumbuhan hiasan dan bunga dalam pelbagai warna.
Malah, ada banyak port cantik untuk bergambar dan belikan satu kaktus untuk ahli keluarga.
Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 6 petang)
Harga tiket Cactus Valley: Dewasa (RM 8) & kanak-kanak (RM 5)
The Lakehouse Cameron Highlands
6 Hotel best di Cameron Highland
Alamat: 30th Mile, Jalan Ringlet – Sungai Koyan, Sungai Khazanah, 39000 Ringlet, Pahang
Tel: N/A
Inilah salah satu hotel butik paling terkenal di Cameron Highland yang terletak di lereng bukit dengan pemandangan memukau.
Dengan reka bentuk bangglo British style, resort eksklusif ini lengkap dengan perabot zaman Victoria dan barangan antik.
Menawarkan 19 bilik dan suite mewah dengan dekorasi klasik, pilihan katil queen, suite keluarga atau connecting room buat pengunjung yang ingin kekal berhubung dengan rakan.
Nikmatilah hidangan kontinental di restoran eksklusif atau singgah minum kopi di kafe sambil melihat pemandangan tasik yang indah.
Kemudahan lain seperti lounge membaca, ruang makan luaran, bilik permainan, spa, dan internet percuma membuatkan penginapan anda lebih selesa.
Destinasi percutian keluarga yang terbaik dan sangat disyorkan untuk mengambil gambar perkhawinan di sekitar penginapan menarik di Cameron Highland ini.
Kadar purata semalam: N/A
Review:
“Kami menginap di Lakehouse selama 3 malam dan menikmati percutian santai yang indah di Cameron Highlands yang sejuk…”
The Sheep Sanctuary
7 Tempat menarik di Tanah Rata Cameron Highland
Alamat: Sheep Sanctuary Cameron, Pasar Malam Kea Farm, Brinchang, 39100 Brinchang, Pahang
Telefon: 05-491 4638
The Sheep Sanctuary merupakan salah satu tempat yang menarik di Cameron Highland yang digemari ramai pengunjung.
Terdapat kira-kira 20 ekor biri-biri Australia yang boleh disentuh dan diberi makan oleh pelawat.
Selain biri-biri yang gebu, pengunjung juga boleh menemui arnab di sini.
Nikmati pemandangan dari puncak Cameron Highlands dengan biri-biri berada betul-betul di sebelah anda.
Jangan lepaskan peluang untuk tempah tiket Sheep Sanctuary di bawah dengan harga yang lebih murah dan jimatkan masa anda daripada beratur di kaunter!
Harga Tiket The Sheep Sanctuary: Dewasa (RM 12) & kanak-kanak (RM 7)
Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 5:30 petang)
Mossy Forest
8 Aktiviti outdoor di Cameron Highland
Alamat: Mossy Forest, Gunung Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang
Telefon: 013-6741406
Bosan melawat ladang strawberi? Apa kata anda menerokai Mossy Forest, “hidden gems” Cameron Highland yang mempesonakan dan sekali pandang suasana hutan berlumut ini kelihatan agak menyeramkan.
Hutan aneh ini terletak di puncak kedua tertinggi di Cameron iaitu tanah tinggi Gunung Brinchang.
Diselubungi aura yang mempersonakan dan kabus misteri yang membuatkan anak muda ingin menerokainya bersama rakan-rakan mereka.
Malah, hutan ini seakan sama dalam scene Avatar atau Lord Of The Ring.
Hutan ini dipenuhi dengan pokok-pokok dan tumbuhan yang diliputi lumut serta yang eksotik, seperti paku-pakis dan orkid.
Sertai lawatan separuh hari dengan pemandu dan nikmati pemandangan kawasan sekitar yang menakjubkan. Waktu terbaik untuk datang ke sini adalah pada waktu pagi.
Perjalanan anda akan lebih mudah jika anda menempah pakej RM65 di bawah dan bayaran termasuk:
- Pengambilan pergi-balik dari Cameron Highlands (Tanah Rata, Brinchang dan kawasan Kea Farm)
- Perjalanan ke Ladang Teh Boh Cameron
- Gunung Brinchang Barat
- Mossy Forest (Entrance Point)
- Cameron Highland Butterfly Farm
- Strawberry Farm
Lavender Garden (Cameron Lavender)
9 Lavender garden Cameron Highland
Alamat: 59, Brinchang, 39000 Tanah Rata, Pahang
Telefon: 05-4961 208
Bagi mereka yang menyukai bunga, terdapat juga The Lavender Garden yang juga dikenali sebagai Cameron Lavender.
Taman Lavender ini hanya 10 kilometer dari pekan Brinchang. Anda akan terpukau dengan deretan bunga ungu yang memenuhi taman ketika musim lavender.
Selain dipenuhi dengan pelbagai jenis lavender, taman itu juga ada bunga ros Jepun, bunga cahaya pagi dan bunga daisy dalam pelbagai warna.
Tempat menarik di tanah rata ini juga lokasi menarik untuk bergambar dan terdapat kedai yang menjual cenderahati dan aiskrim buatan sendiri dengan rasa lavender.
Selain melihat lavender, anda juga boleh memetik strawberry dan mengambil beberapa gambar mural 3D serta istana ungu yang kelihatan menarik sepanjang percutian di Cameron Highland.
Harga tiket Lavender Garden Cameron Highland: Dewasa (RM 20) & kanak-kanak (RM 10)
Waktu Operasi: Isnin – Khamis (9 pagi – 6 petang) & Jumaat, Hujung Minggu (9 pagi – 7 malam)
Ladang Teh Cameron
10 Ladang teh boh tanah rata
Alamat: Bharat Tea, 15,16, 39000 Tanah Rata, Pahang
Telefon: 05-4911 133
Ladang teh Cameron Valley ini juga dikenali sebagai Ladang Teh Bharat. Pengunjung boleh masuk secara percuma tanpa tiket ladang teh Cameron.
Tempat menarik ini terletak di tepi jalan dan mudah dikunjungi, berbanding Ladang Teh Boh. Terdapat dua tempat iaitu Tea House 1 dan Tea House 2, yang berdekatan antara satu sama lain.
Namun begitu, kafe dan tempat letak kereta di Tea House 2 adalah lebih besar daripada Tea House 1.
Anda juga boleh breakfast di ladang teh yang cantik sambil melihat kehijauan ladang teh.
Keistimewaan ladang teh Cameron Highland menjadi tumpuan pengunjung dan jangan lupa beli produk teh Cameron Valley serta bersantai di cafe yang menghadap ladang teh yang luas.
Buat mereka yang tinggal di KL, tempah je pakej trip ke Cameron Highland kat bawah yang termasuk pemindahan pergi-balik dari bandar KL, mengunjungi Ladang Teh Boh, Taman Rama-Rama, ladang lebah, pasar buah-buahan, sayur-sayuran, ladang strawberry, air terjun dan makan tengah hari!
Waktu operasi: Jumaat – Sabtu (8 pagi – 7 malam) & Isnin – Khamis (8:30 pagi – 6 petang)
Pasar Pagi Kea Farm Market
11 Pasar pagi Cameron Highland
Alamat: 59, Brinchang, 39000 Tanah Rata, Pahang
Telefon: 016-5947 038
Banyak pilihan dari strawberry, jagung manis, coklat, madu, keladi, teh, snek ringan, aiskrim buatan sendiri, sayur Cameron yang segar dan produk tempatan lain yang datang dari Cameron Highland sendiri.
Ini adalah salah satu tempat terbaik untuk mendapatkan makanan segar Cameron Highland.
Pada waktu tengah hari, agak sesak dengan pengunjung dan tempat letak kenderaan juga terhad.
Setiap hujung minggu dan cuti sekolah, pasar kea farm dipenuhi pelancong yang datang membeli buah tangan.
Pasar ini berhampiran dengan Rose Center, ladang lebah, dan taman rama-rama di Brinchang.
Malah, Pasar Kea Farm merupakan antara pasar terbesar di Cameron Highlands.
Waktu operasi: Setiap hari (7 pagi – 7 malam)
Cameron Highlands Flora Park
12 Taman bunga Cameron Highland
Alamat: Flora Park Cameron Highland, lot 191, 39010 Brinchang, Pahang
Telefon: 012-6543 657
Taman bunga yang indah ini merupakan tempat cantik di Cameron highland yang patut dikunjungi pengunjung ketika bercuti di Cameron Highland.
Pengunjung boleh bersiar-siar di taman bunga Cameron Highland dan menikmati perkelahan peribadi latar belakang bunga mawar.
Sama ada anda melancong bersama rakan atau keluarga, Flora Park menyediakan beberapa pakej tempahan perkelahan melalui akaun Instagram mereka.
Bagi pasangan yang ingin berbulan madu atau menyambut ulang tahun, datanglah ke taman yang dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga di Cameron Highland ini.
Luangkan masa romantis di Flora Park Cameron Highland bersama orang tersayang.
Waktu operasi: Setiap hari (9:30 pagi – 7 malam)
Agro Technology Park Mardi Cameron Highlands
13 Taman Agroteknologi Mardi Cameron
Alamat: Agro Technology Park MARDI, 39007 Tanah Rata, Pahang
Telefon: 05-4911 255
Pengunjung boleh menerokai pelbagai taman bunga, tapak semaian tumbuhan, dan juga ladang teh kecil dalam Taman Agroteknologi Mardi. Anggur Cameron Highland juga ada tapi tidak boleh dipetik.
Bunga, buah-buahan dan sayur-sayuran yang sesuai dengan suhu di Cameron Highland juga ditanam di Taman Agroteknologi Mardi.
Selain itu, terdapat 40 jenis bunga ros, tumbuhan strawberry dan lebih daripada 100 buah sitrus yang berbeza, termasuk epal dan anggur.
Anda boleh bermalam di kotej lama British di taman ini. Lokasi ini sangat unik.
Untuk pencuci mulut, cuba serunding strawberi manis dan ais krim strawberry asli.
Waktu operasi: Rabu – Isnin (8 pagi – 5 petang)
Muzium Time Tunnel
14 Museum di Brinchang
Alamat: Cameron Highland, 39000 Brinchang, Pahang
Telefon: –
Banyak artifak di Muzium Time Tunnel Malaysia ini akan membawa kembali kenangan untuk mereka yang lahir pada tahun 1980-an dan lebih awal.
Tempat ini mempunyai banyak pameran menarik, seperti kopitiam dan kedai gunting rambut.
Muzium ini mempunyai banyak artifak yang berkaitan dengan sejarah Cameron Highlands.
Salah satunya ialah kisah Jim Thompson, seorang pembesar sutera Amerika Thai yang hilang pada tahun 1967. Tiada siapa yang tahu apa yang berlaku kepadanya.
Malahan, muzium ini terletak di tingkat bawah Ladang Strawberi Kok Lim di Brinchang.
Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 6 petang)
Cameron Highland Butterfly Farm
15 Taman rama rama Cameron Highland
Alamat: MDCH 3, Batu 43, Green Cow, 39100, Pahang
Telefon: 05-496 1364
Selain pelbagai spesies rama-rama, taman ini mempunyai haiwan eksotik lain untuk tontonan umum seperti kala jengking, cicak, dan kumbang.
Taman Rama-rama Cameron Highland ini terletak di Kea Farm, empat kilometer dari Brinchang. Ia merupakan destinasi pelancongan terawal di Cameron Highlands.
Jangan ketinggalan menemui rama-rama yang dinamakan sempena lanun terkenal Borneo, Raja Brooke.
Menurut dongeng tempatan, rohnya dikatakan hidup di dalam badan rama-rama tersebut.
Harga tiket taman rama rama cameron: Dewasa (RM 10) & kanak-kanak (RM 5)
Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 6 petang)
Ee Feng Gu Bee Farm
16 Ladang Lebah Cameron Highland
Alamat: Green Cow, No 75, Batu 43, 39100, Pahang
Telefon: 05-4961 951
Ladang Lebah Ee Feng Gu ialah tarikan terbaru di Cameron Highlands yang sesuai untuk sesiapa yang berminat dengan lebah.
Anda boleh belajar tentang proses pengeluaran madu dan cara menjaga lebah di tanah tinggi Cameron secara percuma.
Selain ladang lebah, terdapat juga galeri membeli-belah yang besar, muzium mini, taman permainan kanak-kanak, dan juga kafe.
Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 7 malam)
Cactus Point
17 Taman kaktus Cameron Highlands
Alamat: 42, jalan, Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang
Telefon: –
Taman kaktus yang dikenali sebagai Cactus Point merupakan salah satu tarikan pelancong yang popular di Brinchang.
Selain taman ini, ada satu lagi taman kaktus yang terkenal iaitu Cactus Valley.
Pada lawatan maya taman kaktus ini, anda boleh melihat kaktus pelbagai bentuk, warna dan saiz dalam persekitaran semula jadi mereka.
Cactus Point juga merupakan rumah kepada pelbagai tumbuhan berbunga hiasan, termasuk bunga ros, dan beberapa spesies tanah tinggi yang jarang ditemui.
Jika anda peminat kaktus, anda harus membeli tumbuhan hiasan ini dan bergambar di sini.
Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 5 petang)
Rose Valley
18 Taman rose di Cameron Highland
Alamat: No.148, Kampung Tringkap, 39000 Tanah Rata, Pahang
Telefon: 012-3643 208
Sebelum ini, ladang strawberry, kini anda perlu melawat ladang bunga ros yang mempunyai sehingga 450 jenis bunga ros.
Rose Valley ialah destinasi untuk peminat bunga ros. Selain bunga ros Cameron Highland, kedai di Rose Valley menjual pelbagai jenis sayuran, bunga dan buah-buahan.
Bunga ros cameron highland ini akan mekar dan tumbuh subur di kawasan yang bersuhu rendah.
Apabila anda tiba, anda akan disambut oleh burung merak di dalam sangkarnya.
Selain Rose Valley, anda juga boleh datang ke Rose Centre Cameron Highland.
Tempat ini sangat cantik, dan terdapat banyak tempat untuk mengambil gambar.
Selain itu, mereka mempunyai semua jenis prop yang boleh anda gunakan untuk menjadikan foto anda kelihatan hebat!
Big Red Strawberry Farm
19 Ladang strawberry Cameron Highlands
Alamat: Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang
Telefon: 05-4913 327
Selain dari YZ Agro Farm, Big Red Strawberry Farm salah satu ladang strawberry yang terkenal dikalangan pelancong.
Apabila datang ke sini, anda boleh melihat proses penjagaan pokok strawberry secara dekat, petik strawberry dan memakannya terus dari ladang.
Pengunjung juga boleh pergi ke kedai cenderamata, kafe dan kedai sayur Cameron organik yang terdapat di ladang strawberry Cameron Highland ini.
Pintu masuk Big Red Strawberry Farm juga membolehkan anda menuju ke air pancut koi, tapak semaian bunga dan zoo haiwan peliharaan mini yang kebanyakannya ada arnab.
Berat buah yang anda pilih akan menentukan harga strawberi ini. Jangan risau, ia akan mengikut bajet anda dan masuk percuma!
Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8:30 pagi – 6 petang) & Sabtu, Ahad (9 pagi – 6 petang)
Ladang Teh Boh Sungai Palas
20 Tempat viral di cameron Highland
Alamat: Ladang Teh Boh Sungai Palas, 39000 Brinchang, Pahang
Telefon: 05-4962 096
Inilah ladang teh yang paling popular di Cameron Highlands. Ladang teh di Malaysia ini dibangunkan pada tahun 1930-an dan menempatkan kilang teh Boh yang pertama.
Pengunjung diingatkan membawa wang tunai yang mencukupi. Ini kerana makanan di kafe bukanlah murah.
Di sini kami kongsikan beberapa tips ke ladang teh boh sungai palas.
Jalan ke ladang teh boh sungai palas memang sukar, sempit dan berliku berbanding ladang teh bharat.
Maka, sentiasalah memandu dengan berhati-hati dan perlahan.
Selain itu, terdapat galeri pelawat di mana pengunjung boleh mempelajari sejarah ladang teh boh Sungai Palas di Cameron Highlands. Datang awal pagi untuk melihat bagaimana teh sedang diproses.
Namun, jika anda hanya ingin menikmati pemandangan ladang teh, anda boleh duduk di anjung kafe dan menikmati secawan teh serta sepotong kek lobak merah dalam suasana yang tenang.
Avant Chocolate Cameron Highlands
21 Coklat Cameron Highland
Alamat: F609, Jalan, Kampung Raja, 39010 Simpang Pulai, Pahang
Telefon: 05-4981982
Ramai yang tidak tahu tentang Avant Chocolate Cameron Highland. Tempat ini adalah syurga bagi penggemar coklat.
Di Avant Chocolate Cameron Highland mereka mempunyai kek, pencuci mulut, ais krim, dan pelbagai jenis coklat.
Lokasi menarik ini mesti anda singgah dan lihat apa yang mereka tawarkan di sini.
Menurut pengalaman pelancong yang bercuti di Cameron Highland, orang kata kek strawberry itu sedap. Anda patut mencubanya.
Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 6:30 petang)
Pasar Malam Golden Hill
22 Pasar malam Cameron Highland
Alamat: 12, Jalan Golden Hills 1, Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang
Telefon: –
Kepelbagaian makanan jalanan menjadikan Pasar Malam Golden Hills sebagai pasar malam yang mesti dikunjungi di Cameron Highlands.
Tambah lagi, tempat menarik di Cameron Highland waktu malam ini menjual barangan tempatan, hasil bumi dan, yang paling penting, makanan!
Selain sayur-sayuran segar, batang jagung, bunga segar, pakaian, mainan dan hasil tanaman tempatan yang lain semuanya ada. Apatah lagi makanan laut, sate dan makanan bergoreng.
Jika anda terlepas ladang strawberi atau pasar pagi, pasar malam hujung minggu ini menjual strawberi yang dicelup coklat, ubi kayu kukus dan jagung bakar.
Waktu operasi: Jumaat – Ahad (5 petang – 11 malam)
O&R Garden
23 Taman orkid di Cameron Highland
Alamat: 74, Green Cow, 39100, 39100, Pahang
Telefon: 017-519 2383
Mencari tempat untuk berjalan-jalan dan menikmati alam semula jadi? Terdapat taman baharu yang bagus betul-betul di belakang hotel Nova.
Setakat ini, ia agak sunyi dan kurang terkenal, jadi anda boleh menikmatinya tanpa terlalu ramai orang.
Taman ini mempunyai banyak tarikan yang berbeza, seperti jungle walk, ladang sayur-sayuran, zoo mini, lebih daripada 30 spesies bunga ros dan 100 spesies orkid di taman itu.
Jika anda sedang mencari tempat untuk perjumpaan rakan atau santai-santai hujung minggu, tempah je tiket masuk O&R Garden ni cuma RM 9 je kat bawah. Murah kan?
Port lepak Cameron Highland yang agak besar untuk diterokai, susun aturnya menarik, sejuk dan tenang je kat sini.
Tempat letak kereta percuma dan ada bunga, tumbuhan, haiwan serta serangga. Confirm anak-anak anda gembira!
Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 6 petang)
Green View Garden
24 Tempat best di Cameron Highland
Alamat: 609, UT/KR/F609 Jalan Simpang Pulai, Kampung Raja, 39010, Pahang
Telefon: 05-498 1982
Green View Garden ialah ladang pertanian dan tarikan pelancong yang terletak berhampiran penghujung Lebuhraya Simpang Pulai sebelum keluar ke Kampung Raja di Cameron Highlands.
Tempat menarik di Cameron Highland percuma ini memiliki banyak hal untuk dilihat, seperti kebun strawberi, taman bunga, kafe, kedai coklat, dan kedai barangan tempatan.
Tambah lagi, terdapat bangunan dan reka bentuk dalaman yang unik. Pengunjung akan rasa seperti berada di England.
Kanak-kanak boleh melakukan aktiviti menarik seperti memetik strawberi atau bermain perahu.
Tempat cantik ini sangat luas, jadi pelawat boleh berjalan dengan selesa.
Pengunjung boleh memasuki taman bunga untuk melihat lebih dekat sambil mengambil gambar.
Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 6:30 petang)
Gunung Jasar
25 Aktiviti mendaki gunung di Cameron Highland
Alamat: Gunung Jasar, Pahang
Telefon: –
Adakah anda ingin memulakan hari anda dengan aktiviti yang menyeronokkan dan sihat?
Mendaki gunung adalah cara terbaik untuk melakukan kedua-duanya.
Laluan tidak terlalu sukar dan anda boleh melihat pemandangan yang indah semasa mendaki.
Anda boleh membeli tiket untuk perkhidmatan pengangkutan yang disertakan dengan bilik hotel anda di laman Klook. Tiket ini sangat murah, berharga RM 65 sahaja.
Selain itu, anda boleh berehat dan menikmati udara segar sambil pemandu anda menguruskan segala-galanya.
Anda juga boleh melawat Taman Camelia yang indah dalam perjalanan turun.
Air Terjun Lata Iskandar
26 Air terjun Tapah
Alamat: Exit 59, 35000 Tapah, Perak
Telefon: 05-401 1402
Air terjun Lata Iskandar merupakan air terjun yang cantik terletak di sepanjang jalan utama dari Tapah ke Cameron Highlands.
Dilengkapi kemudahan seperti gazebo, tandas, surau dan laluan pejalan kaki untuk aktiviti jungle trekking.
Pada hujung minggu, air terjun biasanya sangat sesak dengan pengunjung tempatan dan pelancong.
Ia adalah tempat yang bagus untuk berjalan-jalan, mandi-manda atau bergambar.
Terdapat kedai dan gerai di sepanjang jalan utama yang menghadap ke air terjun, yang menjual cenderahati, makanan, minuman dan lain-lain.