Fesyen kasut sneaker terbaru dan yang terkini sangat unik, mana tidaknya! Gabungan kasut tumit tinggi dengan kasut sneaker. Buat yang suka mengumpul kasut-kasut sneaker, mereka akan memanggil kasut sneaker ini sebagai kasut sukan.
Biasanya, ada pelbagai jenis jenama-jenama kasut di pasaran diantaranya seperti Nike, Diadora, Adidas, New Balance, Puma, dan lain-lain jenama lain.
Namun, disini ada satu jenis kasut yang menjadi tular di kalangan peminat-peminat kasut sukan. Bukan kerana jenamanya atau jenisnya tetapi kerana rekaannya yang agak unik. Trend fesyen kadang-kadang pelik dan tidak masuk dek akal, macam-macam rekaan keluar dan berderetlah wanita-wanita (atau lelaki) yang mencubanya.
Namun, apa yang dapat dipastikan kasut ini adalah rekaan dari luar negara, rekaan seorang pereka fesyen dari London, Ancuta Sarca yang mengeluarkan koleksi-koleksi kasut tumit tinggi yang digabungkan dengan kasut sukan.
Pelik bukan idea ini? Tetapi, apa juga sebab orang yang suka berfesyen sememangnya pelik dan luar biasa sedikit citarasanya. Jika wanita suka memakai kasut tumit tinggi atau kasut tumit tinggi, kasut ini boleh menjadi kegemaran di kalangan wanita. Mungkin anda benar-benar suka kasut rekaan jenis berkemungkinan kerana keselesaan yang dapat dirasakan pada kaki ketika memakainya.
Kasut mungkin berkualiti tinggi sangat selesa kerana direka sendiri oleh seorang pereka kasut dan mungkin sesuai untuk dipakai setiap hari, serba boleh dan boleh digunakan hampir di mana-mana sahaja, bukan?
Ancuta dikatakan mendapat idea ini apabila menyedari dia memiliki terlalu banyak kasut sukan lama dan tidak dipakai. Jadi, daripada dibuang, baik dikitar semula dan digabungkan dengan kasut tumit tinggi.
Difahamkan, dia mengambil masa empat bulan untuk menghasilkan koleksi ini khas untuk musim panas di Eropah sekarang. Bagaimana? Adakah anda berminat untuk memilikinya?