Banyak masyarakat yang mempunyai masalah eyebag ataupun lingkaran hitam di bawah mata. Punca adanya lingkaran bawah mata ini adalah disebabkan kurangnya tidur atau selalu tidur lewat malam. Akibat terlalu letih akibat bekerja yang berlebihan juga adalah punca utama adanya lingkaran hitam di sekitar mata.
Apabila mengalami hal sedemikian, sudah pasti tahap percaya diri untuk bersemuka dengan orang sekeliling rendah. Rasa rendah diri apabila melihat rata-rata wanita cantik dan tiada mengalami permasalahan tersebut.
Pernahkah anda berasa segan untuk melihat wajah anda sendiri di cermin pada setiap awal pagi hanya disebabkan adanya lingkaran bawah mata yang teruk. Jika anda adalah salah seorang yang ,menglami masalah ini, usahlah anda risau lagi. Anda boleh merawatnya hanya mengunakan bahan-bahan yang ada di dalam rumah sahaja.
Antara penyebab utama lingkaran hitam bawah mata atau eyebag
Faktor-faktor pnyebab terjadinya lingkaran bawah mata. Diantaranya adalah:
Tidak cukup tidur
Terlebih waktu tidur
Tertekan atau stress
Terlalu penat
Mengalami kegatalan pada bahagian lulit badan dan mata
Kulit terlalu sensitif pada alat solek
Penuaan (Aging)
Seterusnya adalah cara-cara untuk menghilangkan lingkaran hitam bawah mata
Cara-cara untuk menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata dengan bahan semulajadi
Aloe Vera (Daun Lidah Buaya)
Aloe Vera atau daun lidah buaya ini dapat memberikan kenyamanan dan keselesaan pada setiap jenis kulit. Daun lidah buaya ini mempunyai banyak khasiat serta dapat mengurangkan pigmentasi yang berada dibawah mata dan pada masa yang sama ia juga boleh membuat kawasan kulit yang sensitif menjadi lebih sihat.
Anda hanya memerlukan bahan-bahan seperti daun lidah buaya yang sihat dan segar serta kapas lembut. Hanya sapukan cecair yang ada pada daun lidah buaya itu di kawasan bawah mata yang hitam serta membuat urutan yang kembut disekitar mata dalam beberapa saat. Kemuadian biarkan cecair dari daun lidah buaya itu dalam masa 10 sehingga 12 minit. Selepas itu bilas mengunakan kapas yang lembab. Anda boleh mengamalkan rutin rawatan ini sekali sehari ataupun sebelum masuk tidur.
Apple Cider (Cuka Epal)
Cuka epal ini juga turut mempunyai Mineral,vitamin dan juga enzin didalamnya. Ia juga boleh mengembalikan kesegaran pada bahagian bawah mata. Hanya memakan masa beberapa hari, masalah lingkaran hitam pada bawah mata akan terus hilang tanpa anda rrsau lagi.
Anda hanya memerlukan kapas yang lembab dan juga cuka epal sahaja. Cuma sapukan cuka epal di sekitar bawah mata dan biarkan ia kering . Anda mesti ulangi rawatan ini sebanyak dua kali sehari. Pada masa yang sama anda haruslah berhati-hati kerana takut cukaepal itu masuk ke dalam anak mata. Sekiranya terkena tanpa sengaja, anda hendaklah segera mencuci mata dengan air yang bersih.
Cucumber (Timun)
Secara umumnya, banyak yang sudah tahu khasiat yang ada pada timun. Timun juga mempunyai banyak khasiatnya yang dikatakan amat baik untuk menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata. Timun juga mengandungi beberapa khasiat seperti Vitetin, orientin dan juga cucurbitacin yang dapat menghilangkan lingkaran hitam bawah mata.
Cara-caranya hanya perlu menghiris timun kepada kepingan yang tebal. Biarkan di dalam peti sejuk selama setengah jam. selepas itu, ambil dua keping timun yang telah disejukkan tadi pada mata. Pastikan posisi timun itu diletakkan sehingga menutup semua mata. Biarkan selama 10 minit kemudian bilas dengan air bersih.
Tomato
Kegunaan buah tomato juga bagus untuk hilangkan lingkaran hitam pada bawah mata. Ini kerana tomato mengandungi Iycopene yang merupakan satu bahan kimia yang penting untuk kulit. Lycopene juga turut bertindak untuk melindungi kulit kita dari sebarang kekeringan dan kerosakan.
Anda hanya memerlukan satu sudu jus tomato dan juga satu sudu jus lemon. Cuma campurkan kedua-dua jenis jus berkenaan dan terus sapukan pada bahagian lingkaran hitam. Anda perlu membiarkan selama 10 minit dan bilas dengan mengunakan air bersih ataupun air sejuk. Ulang rutin tersebut sebayak dua kali sehari dalam masa 2 hingga 3 minggu untuk menampakkan kesan yang memuaskan.
Uncang Teh
Kegunaan uncang teh ini, anda hanya perlu mencelum uncang teh tersebut ke dalam bekas berisi air dan biarkan di dalam peti sejuk selama 2 hingga 5 minit. Kemudia letakan uncant teh tadi di bahagian kelopak mata selama 15 minit. Anda harus mengamalkan rutin ini setiap hari untuk melihat kesannya.
Lingkaran hitam bawah mata ini adalah berpunca dari saluran darah di bahagian bawah mata yang membesar. Teh juga boleh membantu dalam mengurangkan kesan hitam. Uncang teh pada masa yang sama boleh mengurangkan kesan hitam bawah mata dan mencegah saluran darah bawah mata untuk terus mengembang. Jika anda mengulangi rawatan ini pada setiap hari, mata anda akan merasa segar dan bermaya.
Honey (Madu)
Kegunaan madu ini senang, hanya perlu sapukan madu pada bahagian mata yang bermasalah. Kemudian biarkan selama 15 hingga 20 minit kemudian bilas dengan air. Anda boleh mengulangi rawatan ini sebanyak dua kali sehari. Madu juga mempunyai banyak khasiat yang terkandung di dalamnya kerana ia merupakan anti oksidan dan komponen pelembab. Pada masa yang sama madu ini juga boleh membantu untuk melembutkan bahagian kulit serta memberi makan pada kulit. Lingkaran hitam bawah mata akan hilang tanpa anda sedar.
Lemon
Lemon juga boleh mengurangkan lingkaran hitam bawah mata. Khasiat jus lemon ini juga mempunyai kandungan yang boleh mencerahkan kulit. Lemon mempunyai vitamin C yang bertindak sebagai antioksidan serta mengembalikan kesegaran dan juga memutihkan kulit anda.
Hanya perlu ulangi rawatan ini sebanyak dua kali sehari sahaja. Cuma sapukan jus lemon ke bahagian hitam di bawah mata. Kemudian biarkan selama 10 minit dan bilas dengan air bersih. Jangan lupa juga untuk sapukan pelembab pada bahagian kulit anda selepas sapukan jus lemon. Lemon juga boleh mengeringkan kulit.
Mungkin banyak rawatan secara semulajadi yang boleh anda amalkan di luar sana bagi menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata. Anda hanya perlukan tidur yang secukupnya dari berulang kembali masalah hitam bawah mata. Jika masalah ini terus berlanjutan, anda hendaklah berjumpa dengan pakar agar anda mendapatkan rawatan yang sewajarnya daro paka doktor pakar yang arif dengan masalah berkenaan.Selamat mencuba.
Sumber: Petuaibu.com