Tetaplah berhubung

Terma & Syarat Perkhidmatan

Dengan mengunjungi/mengakses dan/atau memberi informasi dengan mengisi informasi dan/atau terberi pada perkhidmatan Aliff Channel (disebut Pengguna), secara automatik Pengguna bersetuju dengan terma & syarat dan/atau perubahannya dari waktu ke waktu termasuk/mahupun tidak terbatas pada terma perkhidmatan yang mengikat Pengguna untuk sentiasa mematuhinya.

Aliff Channel berhak untuk menambah atau mengurangkan aturan dan/atau menambah terma dan syarat yang boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.

I. HAD LIABILITI

BERITA FOTO 
1. Semua berita dan foto yang ada di perkhidmatan Aliff Channel, baik yang diperoleh oleh pihak Aliff Channel dari pejabat Aliff Channel atau mahupun perkhidmatan berita lain yang telah dan disajikan, isi kandungan dan tanggungjawab adalah milik sumber utama.

BAHAN DARI PEMBACA
2. Aliff Channel tidak bertanggungjawab terhadap bahan yang dimuat naik oleh pembaca atau dan  ditulis/dikongsi oleh pembaca, baik komen oleh pihak ketiga (penggemar), komen atas berita (Berita, Gaya Hidup, Teknologi, Selebriti, Sukan, Temubual dan lain-lain), Ruangan Anda, Forum,  Foto, Video, TV dan lain-lain, mahupun tajuk atau perkhidmatan lain yang akan dibuat oleh Aliff  Channel pada masa akan datang.

PENGGUNA PERKHIDMATAN DENGAN INI MEMBEBASKAN ALIFF CHANNEL ATAS SEGALA TUNTUTAN DAN ATAU UGUTAN DALAM BENTUK APAPUN YANG BERKAITAN DENGAN ISI INFORMASI YANG DIMUAT DAN/ATAU DIBERIKAN PADA SETIAP PERKHIDMATAN ALIFF CHANNEL YANG DILAKUKAN DENGAN MENGISI BORANG APLIKASI PENDAFTARAN/HUBUNGI DAN/ATAU MELALUI PERKHIDMATAN LAIN DIMANA MEMBOLEHKAN PENGGUNA TIDAK DIHARUSKAN UNTUK MELAKUI APLIKASI PENDAFTARAN/HUBUNGI TERLEBIH DAHULU.

II. TANGGUNGJAWAB PENGGUNA PERKHIDMATAN

  1. Memberi informasi yang tepat, baru dan penuh tentang diri Pengguna ketika mengisi segala bentuk borang yang berlaku pada setiap perkhidmatan Aliff Channel.
  2. Selalu menjaga keselamatan kata kunci dan identiti pengenalan diri Pengguna
  3. Menanggung seluruh risiko atas segala bentuk informasi yang diberikan kepada Aliff Channel pada setiap perkhidmatan termasuk/mahupun tidak terbatas pada segala bentuk data-data pengguna yang diberikan pada setiap perkhidmatan Aliff Channel baik dalam mekanisma pendaftaran ataupun melalui editorial Aliff Channel

III. KEWAJIBAN PENGGUNA PERKHIDMATAN

  1. Setiap bahan yang diambil dari Aliff Channel oleh Pengguna wajib memberi kredit kepada Aliff Channel dengan mencantumkan logo dan/atau menulis Aliff Channel serta memberi pautan ke halaman Aliff Channel pada setiap bahan yang digunakan.
  2. Penggunaan perkhidmatan Aliff Channel wajib selalu mematuhi terma & syarat yang sedia ada dan Pengguna dilarang untuk memuat dan/atau meneruskan segala bentuk informasi melalui setiap perkhidmatan dalam hal-hal berikut:
    1. Pelanggaran hak termasuk mahupun tidak terbatas hanya pada hak asasi, hak cipta, hak milik, rahsia perdagangan, hak paten dan/atau hak-hak lain;
    2. Mengandungi unsur diskriminasi (terhadap Agama, Bangsa, Raja, Negara, Perlembagaan, Kesopanan dan Kesusilaan), dan/atau judi;
    3. Merendahkan dan/atau menakutkan kumpulan atau individu tertentu, melakukan penghinaan dan menghasut setiap kumpulan atau individu untuk melakukan tindakan yang melanggar undang-undang negara Malaysia;
    4. Memberikan bahan informasi dalam rangka menyebarkan suatu ajaran yang dilarang dan bertentangan dengan peraturan undang-undang yang sedia ada;
    5. Disyaki memuat virus tertentu dan melakukan tindakan akses terlarang dan tidak sah pada sistem Aliff Channel yang membahayakan perkhidmatan Aliff Channel;
    6. Dan setiap tindakan-tindakan yang melanggar norma-norma dan kod etika yang sedia ada.

ALIFF CHANNEL BERHAK MENGHAPUSKAN APA SEKALIPUN YANG TELAH DIMUAT NAIK OLEH PEMBACA ATAU DAN DITULIS/DIKONGSI OLEH PEMBACA TANPA PEMBERITAHUAN TERLEBIH DAHULU, MENGENAI PERIHAL-PERIHAL YANG TIDAK TERBATAS PADA BAHAN YANG MELANGGAR TERMA TERSEBUT DI ATAS.

IV. HAK-HAK ALIFF CHANNEL 

HAK CIPTA

  1. Informasi berupa teks, gambar, logo, suara dan segala bentuk reka grafik yang ditampilkan di laman Aliff Channel mahupun elemen-elemen sokongan merupakan Hak Cipta Aliff Channel dan dilindungi oleh Hak Cipta. Penyalahgunaan seluruh isi kandungan atau sebahagian, memperbanyakkan, menterjemahkan, menggunakan, atau memanfaatkannya tanpa izin tertulis dari pihak Aliff Channel akan dikenakan sekatan jenayah dan/atau sivik. Setiap bahan yang diambil dari Aliff Channel wajib memberi kredit kepada Aliff Channel dengan mencantumkan logo atau menulis Aliff Channel dan memberi pautan ke halaman Aliff Channel pada setiap bahan yang digunakan.
  2. Berhak untuk mengelola semua informasi dan/atau data-data yang diberikan oleh Pengguna dalam setiap penggunaan perkhidmatan Aliff Channel menurut peraturan undang-undang yang berlaku termasuk mahupun tidak terbatas menghapusan data-data tersebut bila-bila masa tanpa ada pemberitahuan terlebih dahulu dari Aliff Channel
  3. Berhak untuk melakukan pemilihan dan pengolahan sesuai dengan keperluan teknikal yang berlaku pada setiap perkhidmatan Aliff Channel atas segala bentuk bahan yang diterima dari Pengguna termasuk mahupun tidak terbatas melakukan pembatalan muat naik sesuai dengan penilaian pasukan editorial Aliff Channel tanpa diganggu dan dengan berlandaskan pada kod etika dan peraturan undang-undang yang berlaku untuk setiap bahan yang terlepas dari proses penilaian.
  4. Berhak setiap waktu dari masa ke semasa untuk mengubah atau menghentikan, untuk sementara atau seterusnya, setiap perkidmatan dengan atau tanpa pemberitahuan. Pengguna bersepakat bahawa Aliff Channel tidak bertanggungjawab kepada pihak ketiga manapun atas pengubahan, penangguhan, atau pemberhentian pemberian setiap perkhidmatan Aliff Channel tersebut.

V. GANTI RUGI

Pengguna setuju untuk mengganti kerugian termasuk kos peguam dan membebaskan Aliff Channel atas setiap tuntutan dan dakwaan oleh pihak ketiga akibat dari kelalaian Pengguna atas bahan data-data informasi yang diberikan/diisikan/dimuatnaik pada setiap perkhidmatan Aliff Channel.

VI. KOMERSIAL

Pengguna setuju untuk tidak menerbit semula, membuat salinan, menyalin, menjual, memperdagangkan, menjual kembali, atau memanfaatkan untuk tujuan komersial atas seluruh bahan yang terdapat dalam perkhidmatan Aliff Channel tanpa persetujuan bertulis terlebih dahulu dari Aliff Channel.

PELANGGARAN DARI TERMA INI AKAN MENGAKIBATKAN PENALTI & JENAYAH SIVIL KEPADA PENGGUNA SESUAI DENGAN PERATURAN PERUNDANGAN YANG SEDIA ADA.

VII. PEMBERITAHUAN

Aliff Channel akan selalu memberikan pemberitahuan mengenai Terma & Syarat perkhidmatan ini pada setiap halaman perkhidmatan Aliff Channel. Segala bentuk surat-menyurat yang akan dilakukan oleh Pengguna hanya dapat dilakukan melalui borang yang telah disediakan. Hanya Pengguna yang disertai data diri lengkap yang akan mendapat respon dari Aliff Channel dan Aliff Channel menjamin rahsia data diri Pengguna.

Ke Atas