Tindakan Amerika Syarikat menggantungkan operasi komersil syarikat Huawei daripada berhubungan perdagangan memaksa pengguna Huawei dan Honor tanpa muat terbaru aplikasi daripada Google, Android, Intel, Qualcomm, Broadcom dan beberapa aplikasi penting lainnya pada masa akan datang.
Komplikasi yang dihadapi oleh pengeluar telefon pintar Cina, Huawei dan Honor telah menarik perhatian ramai pengguna.
Walau bagaimanapun, China dan Huawei tidak mudah melatah dan tidak meninggalkan isu ini tanpa jalan penyelesaian.
Memetik laporan akhbar berbahasa Inggeris di China berjudul Global Times melaporkan Huawei sebenarnya mempunyai inisiatif ‘backup’ yang dinamakan sebagai HongMeng dan ia merupakan sistem operasi (OS) yang telah dibangunkan sejak tahun 2012 lagi.
Sumber terdekat mengatakan OS yang sedang diuji dan perlahan-lahan, akan menggantikan OS Android yang digunakan oleh pemilik telefon Huawei dan Honor.
CEO Huawei, Richard Yu sebenarnya pernah berkongsi bahawa syarikat itu sedang giat mencuba untuk menggantikan sistem operasi Android dan Windows jika ada isu yang berbangkit ataupun sebagai pelan ‘worst case scenarios’ untuk bertahun-tahun lamanya. Khabar angin turut mengatakan OS Hongmeng ini dibina dengan bantuan daripada jurutera Nokia.
Walaubagaimanapun, ini tidak bermaksud Huawei tidak perlu berusaha kuat untuk menjadikannya terbaik untuk para penggunanya kelak.