Tetaplah berhubung

Teleskop Terbesar NASA Akhirnya Siap Dibina, Bakal Dilancarkan 2018

Foto: NASA

Sains

Teleskop Terbesar NASA Akhirnya Siap Dibina, Bakal Dilancarkan 2018


Warning: mb_strpos(): Empty delimiter in /srv/users/serverpilot/apps/aliffchannelcom/public/wp-content/plugins/theia-post-slider/TpsMisc.php on line 335

Warning: mb_strpos(): Empty delimiter in /srv/users/serverpilot/apps/aliffchannelcom/public/wp-content/plugins/theia-post-slider/TpsMisc.php on line 335

CALIFORNIA – Selepas 20 tahun projek dijalankan, teleskop ruang angkasa terbesar yang dibina oleh NASA akhirnya selesai dibina.

James Webb Space Telescope akan menjalani ujian dan dijadualkan dilancar pada Oktober 2018. Berbanding dengan pendahulunya, Hubble Space Telescope yang mempunyai cermin berdiameter 2.4 meter, cermin utama Webb mempunyai diameter 6.5 meter.

Teleskop ini dapat melihat baik cahaya tampak dan inframerah. Cermin terdiri daripada 18 segmen heksagon, diperbuat daripada berilium ultraringan, yang akan terbuka dari lipatan dan menyesuaikan setelah teleskop dilancarkan. Ciri-ciri yang paling ketara daripada teleskop Webb adalah lima lapisan Sunshield yang saiz sama dengan gelanggang tenis. Teleskop ini berfungsi sebagai pencegah panas matahari bercampur dengan sensor inframerah teleskop.

“Dibuat dari Kapton, lapisan-lapisan mempunyai ketebalan senipis rambut manusia. Lapisan ini bekerjasama untuk mengurangkan suhu antara sisi panas dan sejuk dari pemerhatian sekitar 570 darjah Fahrenheit,” jelas James Cooper, pengurus perisai matahari teleskop Webb di Goddard Space Flight Center NASA di Greenbelt, Maryland, mengutip dari laman IB Times.

Perisai ini direka oleh Northrop Grumman, rakan industri utama NASA untuk pemerhatian angkasa sedangkan lapisan membran direka dan dibina oleh Nexolve Corporation. Setelah dilancarkan, Webb akan dikendalikan oleh Space Telescope Science Institute.

(nip)

Klik Untuk Komen

Lagi di Sains

Ke Atas