Tetaplah berhubung

Spesis Baru Dinosaur Ditemui di China

spesis-baru-dinosaur-ditemui-di-china
Gambar: BBC

Sains

Spesis Baru Dinosaur Ditemui di China

BEIJING – Satu spesies baru dinosaur berjaya dikenal pasti dari sebuah fosil di China yang nyaris dihancurkan oleh dinamit. Ketika ditemui, fosil tersebut dalam posisi separuh terangkat dan sayap terbentang di dalam lumpur.

Dinosaur itu dipercayai mati sekitar 72 juta tahun lalu. Spesies dinosaur ini diberi nama Tongtianlong limosus, atau ‘naga berlumpur dalam perjalanan ke syurga’. Penemuan tentang fosil ini diterbitkan di jurnal Nature Scientific Reports.

“Fosil ini ditemui di lokasi pembangunan oleh para pekerja apabila mereka menggunakan dinamit, dan mereka hampir meletupkannya dari kawasan bukit,” kata Ahli Palaentologi dari Universiti Edinburgh, Dr Stephen Brusatte.

“Kita hampir tidak mengetahui tentang dinosaur ini,” kata penyelidik. Sebahagian kecil daripada fosil sebenarnya diletupkan, namun dengan mengambil kira keadaan penemuannya, fosil ini dianggap kukuh.

“Ukurannya sekitar seekor kambing, dan merupakan sebahagian daripada dinosaur seperti burung bersayap yang disebut oviraptorosaurus. Merupakan kumpulan dinosaur terakhir yang berkembang sebelum dihentam asteroid,” jelas Dr Brusatte.

Fosil ini ditemui di pergunungan di Wilayah Jiangxi, selatan China. Para penyelidik dari China dan barat berkata fosil ini istimewa kerana boleh memberi pengetahuan tentang peralihan evolusi dari dinosaur kepada burung.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen
Ke Atas