Adakah tahun 2018 adalah tahun yang produktif buat diri anda? Bagi ramai orang, telefon pintar hanya digunakan untuk mengisi masa lapang sahaja. Malangnya, menggunakan peranti teknologi seperti itu boleh membuang masa anda.
Memiliki telefon pintar yang betul sebenarnya boleh meningkatkan tahap produktiviti, malah juga mengubah tabiat buruk anda!
Inovasi Huawei menjadikan mereka yang terunggul pada tahun 2018 ini. Lebih kurang sebulan yang lalu, Huawei telah secara rasmi mengumumkan Huawei Mate 20 Pro yang memberi tumpuan pada kualiti gambar, kestabilan yang lebih tinggi dalam juga prestasi permainan video dan kecekapan kuasa yang lebih tinggi dan banyak lagi.
Hidup lebih bermakna dengan Huawei Mate 20 Pro
Hadir dengan dua warna utama, Emerald Green dan Twilight, reka bentuk nipis dilengkapkan kamera 4 titik di belakang, skrin OLED bersaiz 6.4 inci melengkong resolusi tinggi, malah lebih selesa dan mudah untuk dipegang dan digenggam dengan jari. Ini menjadikan Huawei Mate Pro 20 adalah telefon yang terbaik yang berada di pasaran buat ketika ini.
Yang paling menarik, Huawei Mate 20 Pro hadir dengan pengimbas cap jari di paparan skrin yang menyala apabila diperlukan. Fungsi ini sekaligus memudahkan urusan harian anda, meningkatkan kecekapan dan produktiviti anda ketika melakukan sesuatu!
Bayangkan saja anda perlu menyiapkan urusan tertentu yang memerlukan anda menyiapnya secepat mungkin dan pantas tanpa sebarang masalah, contohnya membalas e-mel, membuat planning di aplikasi planner, membuat nota, atau membuat jemputan dan sekaligus tugasan-tugasan yang lain.
Di sini, keupayaan sebuah telefon mempengaruhi cara penggunaannya dan produktiviti diri anda. Lebih-lebih lagi melibatkan urusan pekerjaan penting setiap hari. Pengurusan masa adalah paling penting buat kita semua bagi memastikan produktiviti kerja.
Di penghujung tahun 2018, dengan peranti Huawei Mate 20 Pro, Huawei telah melucutkan sensor monokromnya, yang digunakan untuk kombinasi sensor warna untuk memberikan definisi gambar cantik – Huawei mengatakan, peranti Huawei Mate 20 Pro menggunakan sensor yang lebih besar dan lebih baik menjadikan sensor monokrom menjadi tidak perlu.
Di penghujung tahun 2018, tentu ada banyak pesta,reunion atau majlis perjumpaan yang perlu anda hadiri. Sudah tentu, aktiviti mengambil gambar kenang-kenangan adalah aktiviti wajib. Dengan kamera Huawei Mate 20 Pro yang dilengkapkan dengan tiga kamera, gambar yang diambil adalah sangat cantik dengan kombinasi sensor warna dan sensor monokrom.
Hasilnya, gambar yang super-duper cantik dengan tiga lensa kamera utama yang berbeza. Satu kamera 20 megapiksel, 40 megapiksel, dan satu lagi kamera 8 megapiksel.
Pengecasan pantas SuperCharge 2.0 menjimatkan masa dan masa adalah wang ringgit, setuju? Ini membantu anda menjadi lebih produktiviti setiap hari.
Jika anda seorang yang jenis mengadap telefon lama setiap hari, sama ada atas urusan kerja, bermain atau lain-lain, hayat bateri biasanya tidak dapat menampung keperluan penggunaan telefon anda. Sebagai contoh, jika anda bekerja sebagai khidmat pelanggan atau jurujual, bateri telefon adalah sangat penting untuk menjalankan panggilan harian.
Inilah pentingnya SuperCharge 2.0, bateri tahan lama 4200 mAh pada Huawei Mate 20 Pro mengecas sampai 70% dalam masa hanya 30 minit sahaja dengan pengecasan 15W, yang paling tercepat di dunia. Peranti Huawei Mate 20 Pro ini juga mempunyai pengecasan tanpa wayar.
Terutama apabila anda dikelilingi oleh rakan-rakan di sekeliling anda yang menggunakan iPhone, ini adalah peluang anda untuk show-off di hadapan mereka! Apabila anda pergi bercuti dengan rakan-rakan dan tinggal di hotel yang sama, ketika tidak cukup kepala charger, pengecas tanpa wayar ini adalah penyelamat!
Buat pengguna Mate 20 Series, anda juga akan menikmati keistimewaan VIP dari rakan VIP Huawei seperti Malaysia Airline, Sheraton Imperial Group, Aerocentric, Plaza Premium Lounge, Auto Bavaria dan sebagainya.
Huawei tidak hanya mengeluarkan model peranti telefon pintar, syarikat itu juga mengeluarkan siri Mate 20 baru dengan laptop Matebook X Pro dan jam tangan Watch GT.
Matebook X Pro sesuai untuk para designers dan gamers
Sudah tentunya anda tidak gemar membawa laptop yang berat ketika keluar berjumpa dengan klien atau untuk berdiskusi, terutamanya apabila tempat berjumpa adalah di dalam gedung membeli-belah yang memaksa anda untuk berjalan kaki dan jauh.
Model laptop Matebook X pro keluaran terbaru Huawei ini yang mempunyai rekaan mutalic Uni-body, sangat nipis (14.6mm) dan ringan (1.33kg). Tidak hanya itu, ia juga dilengkapi sensor pengimbas cap jari dan panel paparan skrin resolusi 3K yang menakjubkan! Guna saja sentuhan jari sebagai shortcut; tak perlu pening kepala lagi.
Skrin berskala besar bernisbah 91% kurang bingkai juga menarik ketika anda menonton filem atau siri tv di waktu santai dengan dilengkapi sistem bunyi Dolby Atmos. Suasana seperti ketika menonton filem di pawagam. Jika anda berehat atau bercuti, anda boleh mengajak kawan-kawan berkumpul untuk menonton bersama-sama.Tak perlu risau, Matebook X Pro memiliki bateri 57.4Wh yang boleh bertahan selama 15 jam waktu penggunaan.
Hadir dalam 2 versi, Matebook X Pro didatangkan dengan keupayaan pemprosesan yang lebih cepat dan lebih kuat. Sememangnya sesuai untuk para designers mahupun gamers. Sesetengah gamers juga adalah streamers yang mempunyai kebiasaan untuk merekodkan gameplay secara live di youtube, twitch. Ini dapat membantu untuk merakamkan video yang lancar dan cantik.
Prestasi grafiknya yang menonjol ini berbeza dengan ultrabook yang lainnya yang kebanyakkan bergantung pada grafik UHD620 dari Intel. Sememangnya berpuas hati!
Ia juga mempunyai sensor cap jari pada butang kuasa. Dan seperti biasa, tidak kisah susunan spesifikasinya, ketahanan bateri laptop adalah sangat penting, yang sepatutnya mencukupi untuk penerbangan lintas negara, hari mesyuarat yang panjang atau kelas yang bersambung-sambung untuk pelajar universiti, bukan?
Di samping Mate 20 Pro dan Matebook X Pro, pada siri Mate 20 Huawei juga melancarkan jam smartwatch yang berfokus pada kecergasan menggunakan sistem pengoperasian sendiri, LiteOS yang dinamakan Huawei Watch GT.
Bateri Huawei Watch GT bertahan sehingga 2 minggu
Kehidupan bukan sahaja tentang bekerja secara produktif, mengekalkan gaya hidup aktif yang sihat juga adalah sama penting bagi mengimbangi dan menguruskan tahap tekanan stres. Smartwatch ini tahan lasak kerana reka bentuk bezel seramiknya, diperbuat dengan keluli tahan karat dan salutan DLC dengan paparan skrin AMOLED, ianya sangat dinamik dan langsing.
Dengan jam tangan baru ini sebagai penaman anda, ia dapat mengurus aktiviti harian anda dari status kesihatan, ke keselamatan (GPS) dan juga tidak banyak menghabiskan masa anda untuk pengecasan sehingga penuh.
Akhiri tahun 2018 anda dengan menjadi seorang yang produktif, berikan peluang kepada peranti Huawei untuk anda cuba hari ini, untuk maklumat lanjut, klik pautan berikut ini.
Laman Web/Huawei Online Shop
Facebook/Huawei Malaysia