Tetaplah berhubung

Samsung Galaxy S8 Akan Dipasangkan “Siri”

samsung-galaxy-s8-akan-dipasangkan-siri
Gambar: Cult of Mac

Niaga

Samsung Galaxy S8 Akan Dipasangkan “Siri”

SEOUL – Seperti diketahui, Samsung baru sahaja mengambil alih Viv Labs, sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh pencipta Siri.

Proses pengambil alihan ini memberi isyarat bahawa Samsung akan menyematkan pembantu virtual serupa dengan siri di telefon pintar terbarunya kelak.

Samsung sendiri telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan pembantu digital baru untuk disematkan di telefon pintar Galaxy S8. Langkah ini diharapkan dapat membantu Samsung untuk bangkit dari kekacauan yang ditimbulkan oleh Galaxy Note 7.

Menurut Samsung Executive Vice President, Rhee Injong, kehadiran pembantu digital terbaru dapat merangsang pertumbuhan developer baru untuk lebih berkembang.

Sebagaimana diketahui, hampir semua syarikat teknologi mempunyai pembantu digitalnya sendiri. Seperti Apple yang mempunyai Siri dan Microsoft yang mempunyai Cortana. Demikian seperti dikutip dari Ubergizmo, Nov 7.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen
Ke Atas