Huawei telah memperkenalkan peranti telefon terbaru dengan ciri premium yang baru sahaja memasuki pasaran telefon pintar di Malaysia. Huawei Nova 3i, seperti pada nama yang terkenal pada kameranya, adalah satu telefon pintar yang didatangkan dengan empat kamera.
Huawei Nova 3i
Nova 3i ini dihadirkan dengan aspek paparan skrin 6.3 inci, resolusi Full HD+, dengan layar top notch. Jika anda seorang yang tidak menyukai top notch ini, anda boleh menghilangkannya pada halaman tetapan pada EMUI 8.2.
Perkara utama yang menarik perhatian adalah gradasi warna biru dan ungu pada salah satu warna variasi untuk telefon Huawei Nova 3i. Huawei menyebut warna corak yang menawan mata itu sebagai Iris Purple. Gradasi warna Nova 3i Iris Purple adalah sangat mirip dengan corak warna pada telefon perdana Huawei P20 Pro, variasi warna Twilight. Dengan gradasi warna ini, Nova 3i tampil berbeza dari telefon mid-range yang lain. Selain itu, anda juga boleh memilih warna hitam atau putih (pearl white).
Dengan pemacu pemprosesan Octa Core 2.2Ghz atau dikenali juga sebagai Kirin 710 yang terbaru, Huawei Nova 3i dibina dengan keupayaan kecerdasan buatan A.I, anda akan dapat rasai perbezaan yang ketara pada kelancarannya, contohnya ketika anda bermain permainan video namun tanpa perlu lagging! Huawei 3i juga disematkan RAM 4GB dengan pilihan ROM 128GB.
Untuk penggemar selfie, 128GB ini sudah cukup memudahkan mengambil foto tanpa membuang semua gambar-gambar cantik anda yang terdahulu kerana masalah storage, ini biasanya terjadi pada telefon yang majoritinya bersaiz kapasiti 64GB.
Huawei Nova 3i turut didatangkan dengan bateri berkapasiti 3,340 mAh. Bukan itu sahaja, dengan berteraskan pengurusan kecerdasan buatan atau A.I power management, bateri telefon Nova 3i malah mampu bertahan lebih dari sehari. A.I power management ini menguruskan dan memberi prioriti tertentu pada aplikasi-aplikasi yang anda kerap gunakan dan mengoptimumkan penggunaan tenaga bateri untuk setiap aplikasi-aplikasi telefon yang menyenangkan hari-hari anda.
Dengan penjimatan bateri ini, anda tidak perlu lagi mengecas bateri telefon ada 2 atau sehingga ke 3 kali sehari. Walaupun ada banyak telefon murah yang berada di pasaran yang didatangkan juga dengan pengecasan bateri pantas tetapi tidak seperti Huawei Nova 3i ini yang baterinya mampu bertahan sehingga lebih dari sehari.
Soal fotografi pula, seperti disebutkan di atas tadi, Nova 3i dilengkapi empat kamera. Dua diletakkan di belakang dan dua pada bahagian hadapan. Di belakang, Huawei memasang kamera resolusi 16 MP dan 2 MP yang mampu mengenalpasti 22 kategori scene berbeza. Sementara kamera hadapan pula, adalah 24 MP dan 2 MP dengan kelebihan fungsi a.i.
Buat kaki selfie anda boleh bersorak gembira, kamera depan Nova 3i mampu mengenali 8 scene yang berbeza, memiliki mode HDR Pro backlight, dan tak ketinggalan fungsi Qmoji.
Dengan semua ciri-ciri ini, dengan apa yang anda boleh lakukan dengan Huawei Nova 3i, ianya hanya berharga RM1,249 di sini. Huawei Nova 3i adalah telefon pintar mid-range terbaik sepanjang tahun ini.
Sumber: gizmochina.com