Tetaplah berhubung

Tiru Samsung, iPhone Lipat Mungkin Hadir

Gajet

Tiru Samsung, iPhone Lipat Mungkin Hadir

CUPERTINO – Tak kurang ramai orang merasakan bahawa iPhone 7 tidak membawa perubahan yang ketara dari pendahulunya, iPhone 6S.

Walau bagaimanapun, Apple rupanya ada paten baru yang menarik untuk iPhone masa depan. Sebagaimana dilaporkan CNet, Apple kini mempunyai paten untuk telefon pintar yang boleh dilipat.

Syarikat bertapak di Cupertino itu disebut telah membuat paten seperti ini sejak 2013, namun baru berjaya mendapatkan paten sekarang.

Walaupun iPhone yang boleh dilipat kedengaran menarik, belum ada kepastian Apple akan menghasilkannya. Samsung misalnya, mempunyai paten skrin AR kanta lekap, namun hingga kini belum juga dibuat untuk pelanggan. Malangnya, Apple belum mahu memberikan komen mengenai perkara ini. Sebelum Apple, Samsung sudah terlebih dahulu mempunyai telefon pintar yang boleh dilipat, iaitu Galaxy Folder.

(nip)

Klik Untuk Komen
Ke Atas