Tetaplah berhubung

Selamat Tinggal Google Keyboard

Foto: iTunes

Gajet

Selamat Tinggal Google Keyboard

CALIFORNIA – Selain sistem operasi, telefon pintar Android juga membolehkan pengguna menggunakan aplikasi milik Google, Google Keyboard. Namun, khabarnya Google akan menamatkan aplikasi tersebut.

Bukan terus mematikan aplikasi, Google akan menukar nama Google Keyboard dengan tanda Gboard yang telah lebih dahulu hadir di peranti iOS pada pertengahan 2016 ini.

Mengutip dari Phone Arena, Selasa (13/12/2016), perubahan nama ini akan digunakan pada Android Marshmallow untuk menggantikan Google Keyboard.

Walaupun demikian, Google sendiri masih belum memberikan keterangan mengenai perkara tersebut.

Beberapa kemudahan yang dibawakan Google dalam Gboard ialah pengguna boleh melakukan carian secara langsung melalui ikon ‘G’ yang terdapat pada papan kekunci.

Kemudian terdapat pula ciri-ciri animasi GIF dan emoji yang telah tersemat secara lalai. Perubahan nama dari Google Keyboard ke Gboard khabarnya akan dikeluarkan pada minggu ini dan dilakukan pada Rabu 14 Disember 2016 waktu tempatan.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen
Ke Atas