Tetaplah berhubung

iPhone 8 Dan Galaxy S8 Usung Paparan Skrin 2K

iphone-8-samsung-s8
Gambar: Phone Arena

Gajet

iPhone 8 Dan Galaxy S8 Usung Paparan Skrin 2K

SEOUL – Setelah melepasi waktu krisis dengan insiden Galaxy Note 7, Samsung masih berusaha keras untuk mengembalikan kepercayaan pelanggan. Mereka dikhabarkan tidak mahu kalah dengan Apple iPhone 8 yang bakal mengusung paparan 2K pada tahun depan.

Apple dikhabarkan memberikan paparan AMOLED untuk iPhone 8 dan 8 Plus. Paparan skrin tersebut akan bersaiz 5.5 inci dengan quad-HD dan melengkung satu sisi ke sisi lain.

Sementara Samsung hari ini juga dirumorkan bakal membawa paparan resolusi 2K 2.160 x 3.840 uhd difokuskan untuk pengalaman VR. Khabar angin ini beredar di Weibo dan Twitter bahawa Samsung mempunyai pembekal komponen. Selain membawa paparan beresolusi tinggi, Samsung juga dikhabarkan bakal menghilangkan butang Home seperti yang dilakukan Xiaomi Mi Max yang baru diperkenalkan Oktober lepas.

Samsung juga dijangka bakal memberikan teknologi pengesan jari ultrasonik milik Qualcomm. Walaupun demikian, dicatat bahawa Apple dan Samsung belum memberikan kenyataan ataupun pengesahan mengenai khabar angin telefon pintar masa depan mereka.

Klik Untuk Komen
Ke Atas