Aliff Channel
  • Utama
  • Hubungan
  • Gaya
  • Teknologi
  • Kesihatan
  • Sains
  • Inspirasi
  • Semua
Tiada
Lihat semua
  • Utama
  • Hubungan
  • Gaya
  • Teknologi
  • Kesihatan
  • Sains
  • Inspirasi
  • Semua
Tiada
Lihat semua
Aliff Channel
Tiada
Lihat semua
Utama Teknologi

Aplikasi Whatsapp Bakal Hadir Iklan

01/02/2019
dalam Teknologi
2 minit bacaan
0
Aplikasi Whatsapp Bakal Hadir Iklan

Unsplash/Rachit Tank

352
PERKONGSIAN

Sebenarnya, khabar angin iklan yang memasuki aplikasi WhatsApp telah lama beredar. Malah, facebook pernah dilaporkan mahu membuat pengiklanan untuk aplikasi WhatsApp sebelum membelinya pada tahun 2014.

Dikatakan, iklan pada aplikasi WhatsApp ini akan dapat dilihat di bahagian status dan akan berputar apabila pengguna melihat status mereka.

Melaporkan dari laman Mirror pada 5 November 2018, perkhidmatan pengiklanan ini akan menggunakan sistem pengiklanan yang sama seperti Facebook. Tujuannya, agar pengguna lebih memahami perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan dan berinteraksi dengan perniagaan melalui aplikasi WhatsApp.

“Kami akan meletakkan iklan pada ‘Status’ yang akan menjadi model kewangan pertama kami bagi syarikat itu dan mecipta peluang perniagaan untuk menjangkau prospek mereka di Whatsapp,” jelas wakil Whatsapp, Chris Daniels.

Menurut berita yang beredar, kehadiran ciri pengiklanan di aplikasi WhatsApp adalah langkah pertama bagi Facebook mendapatkan keuntungan dari syarikat yang dibelinya.

Pada masa ini, aplikasi penghantar mesej yang dibuat pada tahun 2009 sudah mempunyai 1.5 bilion pengguna di seluruh dunia. Daripada jumlah pengguna tersebut, Facebook berkata bahawa kini terdapat 450 juta pengguna yang menggunakan ciri Status.

MakeTechEasier

Iklan ini akan mula muncul pada versi beta Android 2.18.305. Untuk pengguna Android WhatsApp yang bukan penguji beta, iklan pada Status WhatsApp pasti tidak muncul.

Di samping mencari keuntungan melalui pengiklanan, WhatsApp juga mula menjalankan perniagaan dengan menawarkan perkhidmatan berbayar sehingga perniagaan dapat menghubungi pelanggan secara langsung melalui teks mesej.

Mana-mana syarikat yang menggunakan perkhidmatan ini akan dikenakan bayaran bermula pada $AS 0.5 sen, atau sekitar RM 2.05 untuk setiap mesej yang dihantar kepada pengguna yang berpotensi, bergantung kepada negara.

Baca Juga  Jom Cuba, Cara Hilangkan Status 'Online' Pada WhatsApp
Hashtag: aplikasiwhatsapp

Artikel Berkaitan

tanda laptop perlu format semula

Kenali Tanda-tanda Laptop Perlu Format Semula

24/01/2021
tips jimat bateri telefon

5 Tips Berkesan Agar Bateri Telefon Tidak Cepat Habis

18/01/2021
whatsapp, telegram & signal

Perubahan Privasi: Nyahpasang WhatsApp, Pasang Signal atau Telegram

14/01/2021
4 Mobile Games Paling Popular Di Peranti Android

4 Mobile Games Paling Popular Di Peranti Android

27/06/2020
telefon pintar

Jualan Telefon Pintar Mengalami Penurunan Pada Q1 2020

26/05/2020
e-walllet di malaysia

5 Tips Kewangan Berbelanja Menggunakan E-Wallet

09/01/2020

Komen?

Popular minggu ini

  • Sifat Istimewa Pada Perempuan Mengikut Tarikh Lahir Dari 1 Hingga 31 Haribulan

    Sifat Istimewa Pada Perempuan Mengikut Tarikh Lahir Dari 1 Hingga 31 Haribulan

    35031 perkongsian
    kongsi 35031 Tweet 0
  • Rahsia Tahi Lalat Untuk Ketahui Sifat Peribadi Seseorang

    1280 perkongsian
    kongsi 1280 Tweet 0
  • Jom Cuba, Cara Hilangkan Status ‘Online’ Pada WhatsApp

    11862 perkongsian
    kongsi 11862 Tweet 0
  • 70 Peratus Wanita Malaysia Tolak Bakal Suami Gaji Bawah RM5 Ribu

    86875 perkongsian
    kongsi 86875 Tweet 0
  • 11 Kesedihan Yang Dialami Oleh Perempuan Yang Bercinta Dengan Lelaki Lebih Muda

    14148 perkongsian
    kongsi 14148 Tweet 0
Aliff Channel
  • Dasar Privasi

Copyright © 2021 • aliffchannel.com All Right Reserved

Tiada
Lihat semua
  • Utama
  • Hubungan
  • Gaya
  • Teknologi
  • Kesihatan
  • Sains
  • Inspirasi
  • Pengiklanan

Copyright © 2021 • aliffchannel.com All Right Reserved