Mengambil gambar swafoto sudah menjadi sangat popular. Dalam era media sosial hari ini, setiap orang sudah pasti melakukannya, termasuk diri anda. Ada juga sesetengah orang yang berani mengambil sendiri dengan pelbagai cara unik untuk mendapatkan banyak “sukaan”. Sebenarnya, anda tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan swafoto yang terbaik. Seorang saintis dari Stanford University, Andrej Karpathy, berjaya mencari ‘petunjuk’ untuk mendapatkan gambar swafoto terbaik.
Memetik dari laman International Business Times, Karpathy menggunakan rangkaian sistem yang memproses lima juta foto swafoto yang beredar di media sosial. Dari foto swafoto ini, Karpathy menyusunnya semula mengikut bilangan “sukaan” yang diperolehi dan mendapati beberapa petunjuk yang menjadikan swafoto sebagai swafoto yang menarik. Berikut ini penunjuknya:
1. Swafoto terbaik hanya diperoleh oleh golongan wanita
Daripada hasil penyelidikannya, Karpathy mendapati bahawa 100 daripada gambar swafoto terbaik yang diperhatikannya dilakukan oleh wanita. Lelaki hanya di bawah 100. Jangan bersedih ya wahai lelaki.
2. Kedudukan wajah berada di tengah atau atas imej dan sedikit condong
3. Wajah mengisi 1/3 ruang dalam foto
Peratusan ini adalah bahagian yang paling sesuai dalam pemerhatian Karpathy. Tidak kurang, dan tidak juga lebih. Kerana sekiranya selfie diambil terlalu dekat pada wajah, dapat membuat hasilnya kurang menarik.
4. Rambut panjang yang tergantung di bahu menjadikan selfie lebih menarik
5. Menggunakan frame boleh mendapatkan lebih banyak “sukaan”
Percaya tidak percaya, penggunaan border atau frame berpengaruh juga membuat foto kelihatan lebih cantik.
6. Tambah filter untuk swafoto
Kebanyakan swafoto ng menggunakan filter yang mengurangkan kontras warna dan memberikan efek pudar (fade).
7. Tambah kepekatan warna boleh menjadikan wajah kelihatan sejajar
Komposisi warna juga mempengaruhi bilangan “sukaan” yang boleh diperolehi.
8. Meningkatkan pencahayaan
Gambar swafoto kurang pencahayaan biasanya berada di bahagian bawah. Jangan takut silau jika anda mahu foto di tempat yang terang. Yang penting adalah hasilnya boleh menjadi baik.
Seperti patut dicuba selepas ini, terutamanya bagi anda yang suka swafoto. Daripada melakukan pelbagai tarikan berbahaya hanya demi “sukaan”, anda hanya perlu menggunakan helah ini sahaja, swafoto dalam keadaan lebih selamat dan terbukti secara saintifik.