Ketika aplikasi Instagram baru dicipta, mulanya ia adalah satu laman medial sosial yang digunakan sebagai tempat untuk berkongsi foto-foto memori dengan orang-orang di sekeliling kita. Anda boleh katakannya sebagai sebuah buku skrap versi digital.
Tetapi akhir-akhir ini sehingga penghujung 2018, instagram telah mengubah hala tujunya. Instagram kini adalah laman sosial tempat anda berkongsi perkara-perkara yang dikira, ‘instagramable’.
Di atas semua ini, kita merasakan bahawa kita perlu mencapai jumlah likes tertentu seperti satu piawaian tahap kebahagiaan kita. Belum lagi kita mempunyai mentaliti untuk membandingkan diri kita dengan orang lain, yang anda sendiri boleh akui atau tidak. Ini menyumbang kepada kekecewaan dan rasa tidak bersyukur terhadap diri kita sendiri. Malah menurut penyelidikan, telah terbukti dapat meningkatkan tahap kemurungan golongan milenium.
Daripada terlalu kisah mengenai Instagram dan berapa banyak likes anda perolehi pada foto swafoto anda, ada perkara yang lebih penting bagi anda untuk berikan perhatian khusus dan lakukan.
1. Baca buku
Mungkin kedengaran aneh tetapi percayalah, kebiasaan membaca buku dapat membuat anda merasakan termotivasi untuk kehidupan.
2. Ketawa
Salah satu rahsia awet muda adalah ketawa. Banyak perkara yang boleh membuat anda ketawa. Dan jika anda jenis seorang yang boleh ketawakan diri sendiri, anda adalah seorang yang hebat.
3. Buat buku skrap fizikal
Mungkin tabiat ini tidak begitu popular di Malaysia tetapi anda harus cuba. Buku skrap jenis album foto yang dihiasi mengikut citarasa anda dan mengandungi maklumat mengenai foto itu. Tentu saja lebih menyentuh emosi, terutama jika kenangan itu adalah kenangan gembira.
4. Tulis dengan pen
Era digital hari ini membuat perkara seperti menulis dengan tangan berkurangan. Tumpahkan segalanya yang mengganggu fikiran anda dengan pena di atas buku nota harian. Atau idea brainstorming untuk perniagaan yang ingin anda mulakan dengan segera. Tulis apa sahaja yang terlintas di kepala anda, bucket-list, wish-list, to-do-list, dan lain-lain.
5. Pembangunan diri
Tumpukan fikiran anda tentang siapa anda dan bagaimana anda boleh berkembang menjadi insan yang lebih baik. Ini adalah perkara yang berguna untuk anda. Ada lebih banyak perkara dalam kehidupan sebenar yang anda perlukan untuk ambil pelajaran darinya, daripada jumlah followers atau likes.
6. Membina persahabatan yang sebenar
Cuba lakukan detox Instagram selama seminggu. Lakukannya dengan tidak menyemak laman intagram atau menekan dua kali beberapa foto dari suapan instagram.
Lihatlah orang terdekat anda (kawan atau keluarga) di dunia nyata. Mereka sebenarnya orang yang lebih penting. Berikan perhatian kepada mereka, hantar kad ucapan hari jadi jika sedang menyambut hari jadi, dan beritahu mereka betapa pentingnya mereka kepada anda.
7. Lakukan apa yang anda sukai
Melakukan apa yang anda benar-benar minati boleh membuat anda melupakan semua pemikiran negatif. Sama ada anda sedang patah hati atau seseorang mengecewakan anda, dengan mengambil langkah pertama untuk mengerjakan impian anda setakat ini, anda boleh melupakan semua perkara-perkara buruk ini.
Perniagaan sampingan, perniagaan yang ingin anda mulakan, buku yang ingin anda tulis, adalah lebih penting daripada interaksi ruang siber.
8. Rasa bersyukur
Menunjukkan rasa kesyukuran kadang-kadang sukar bagi sebahagian daripada kita. Kerana sifat asas setiap orang yang selalu mahukan lebih banyak lagi. Tetapi dengan rasa bersyukur, ia akan membawa perbezaan yang benar-benar berfaedah daripada hanya memikirkan jumlah likes.
9. Puji seseorang dan lihat betapa gembiranya mereka
Pujian mudah untuk dilakukan. Beritahu seseorang bahawa dia membuat anda tersenyum hari ini dan lihat betapa gembiranya mereka.
10. Meningkatkan penampilan diri
Satu lagi perkara kecil yang jauh lebih penting daripada jumlah likes di Instagram adalah penampilan diri. Terima diri anda terlebih dahulu kemudian menjaga kesihatan dan kecergasan anda. Adakah anda tahu bahawa bilangan likes di Instagram sebenarnya adalah sesuatu yang palsu? Oleh itu, dari membebankan fikiran anda dengan perkara yang remeh itu, mula bertukar dengan perkara-perkara yang lebih berguna.